Laman Utama
"Sedihnya Rasa Macam Nak Ambil Semua Yang Datang" - Buka Peluang Kerja, Shuib Terima Ratusan Orang Datang Temuduga
Pelawak dan usahawan popular Shuib, 37, terkedu selepas menerima video daripada Ketua Pegawai Eksekutif yang menunjukkan suasana ketika hari temuduga di cawangan Bubble Bee di Kota Bharu dan Kubang Kerian, Kelantan, kelmarin.
Rakaman itu memaparkan ratusan individu yang datang dari setiap pelusuk untuk mencuba nasib bagi mengisi kekosongan jawatan kru.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, hanya 40 orang pekerja yang diperlukan bagi dua cawangan tersebut.
"Ini video semalam di mana kami @bubblebeemalaysia_hq ada buat temuduga untuk mencari krew-krew baru di Kubang Kerian dan Kota Bharu Kelantan.
"Beratus yang datang dari setiap pelusuk Kelantan. Sedihnya rasa macam nak ambil kerja semua yang datang tapi ruang kekosongan buat masa ni hanyalah 40 lebih sahaja," tulisnya.
Menghargai penat lelah dan usaha yang dilakukan, suami kepada penyanyi Siti Sarah itu mengucapkan terima kasih kepada individu yang hadir.
Bekas ahli kumpulan Sepah itu juga memohon doa agar dia diberi rezeki untuk menambah lagi bilangan cawangan di Kelantan.
"Semoga ada rezeki korang, semoga terus tabah dengan keadaan sekarang. Insya-Allah, Allah Maha Besar, rezeki di mana-mana.
"Terima kasih sudi datang untuk sesi temuduga, maaf jika ada kekurangan. Doakan kami dapat banyak lagi cawangan di Kelantan supaya banyak lagi peluang pekerjaan dapat diadakan. Amin," tulisnya lagi.
Must-Watch Video