Rakaman video anak penyanyi dan pelakon Lufya Omar, Laana Haura, 2, meraung dan menangis kesakitan selepas telinganya ditindik mendapat perhatian netizen.

Rata-rata kasihan melihat anak Haura yang seperti terkejut apabila telinganya ditindik.

Lufya berkongsi video tersebut di akaun Instagram miliknya.

Sementara itu, Lufya dalam kapsyennya memberitahu turut bersedih melihat anaknya dan akui Haura dalam keadaan baik.

“Muka Haura gementar mak die lagi gementar buat pertama kali nak bertindik. Princess dah banyak kali tunjuk nak tindik telinga so harini kita tunaikan.

“Sedihnya tengok anak menangis kesakitan lepas tindik. Pertama kali kan aduhhh terasa sakitnyaaa walaupun dah tiga kali spray kebas sebelum bermula nak tindik.. Alhamdulillah nangis tak lama kita distract die dengan maruku,” katanya.

Muka Haura nervous mak die lagiiii nervous buat pertama kali nak bertindik. Princess dh banyak kali tunjuk nak tindik telinga so arini kita pi @anniqh_gold_official . Sedehnya tengok anak nangis kesakitan lepas tindik?? Pertama kali kan aduhhh terasa sakitnyaaa walaupun dah 3x spray kebas sebelum bermula nak tindik.. Alhamdulillah nangis tak lama kita distract die dgn maruku ? . Sambil tindik telinga mummy survey2 la emas cantek2 kat @anniqh_gold_official ni harga pun tengah onz!!. Korang check it out la ya di masjid India @anniqh_gold_official sbb promosi dah nak habis ni! Jangan terlepas peluang investment paling baik untuk wanita ?

A post shared by Lufya (@lufyalaana) on

Sementara pengikutnya menunjukkan rasa prihatin.

“Kalau saya rela tak tindik telinga anak tu..

“Kesiannya kecil lagi kot

“Oh kedai tu memang tindik sebelah-sebelah ya? Lagi baik kalau cari kedai yang buat both side dalam satu masa, at least sakit tu sekali tu ja,” antara komen pengikutnya di IG.

Bagi menenangkan ramai pengikutnya yang bimbang dengan keadaan Haura, Lufya menerusi kemas kini terbaharunya memuat naik video Haura yang gembira dengan subang yang dipakai di telinga.

Lufya juga memberitahu anaknya hanya terkejut dan semua berada dalam keadaan baik.

“Haura ok la aunties cuma terkejut. Menangis sekejap tu biasa la. Tengok tu siap posing depan cermin lagi.

“Untuk pengetahuan semua, faham ramai yang sayang dan concern kat Haura ni. Sebelum tindik mereka dah sanitize terlebih dahulu yang kakak-kakak keje kedai emas tu dah baca selawat dan tolong pegangkan kepala Haura.

“Mereka sangat ramah dan banyak membantu. Yang penting anak mummy happy. Haura nampak gugurl sangat dengan earrings walaupun ganas,” jelasnya.

Haura merupakan anak hasil perkahwinan Lufya bersama bekas suami Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum. Mereka mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016.

Haura ok la aunties cuma terkejut jew? nangis sekejap tu biasa la. Tengok tu siap posing depan cermin lagi. Fya faham ramai yang sayang dan concern kat Haura ni. Sebelum tindik mereka dah sanitize terlebih dahulu yang kakak2 keje kedai emas @anniqh_gold_official tu dok baca selawat dan tolong pegangkan kepala Haura. Mereka sangat ramah dan banyak membantu. Yang penting anak mummy happy ? Haura nampak gugurl sangat dengan earrings walaupun ganasssss ? . Thank u @anniqh_gold_official ??

A post shared by Lufya (@lufyalaana) on