"Sedihnya...Ada Yang Nak Bayar" - Emelda Rosemila Ikhlas Bantu Peniaga-Peniaga Kecil
Asraf Aided
05/07/2021 02:40 MYT
05/07/2021 02:40 MYT
Pelakon Emelda Rosemila akui sedih dan terharu kerana terdapat segelintir peniaga kecil yang mahu membuat bayaran untuk promosi perniagaan mereka di akaun Instagram miliknya.
Menurut Emelda, dia tidak mengenakan sebarang bayaran dan hanya membantu peniaga-peniaga kecil secara ikhlas ketika ini.
"Sedihnya, ada peniaga-peniaga kecil yang nak bayar duit untuk promosi bisnes (di Instagram Story) dia orang.
"Saya tak ambil duit ya, saya tolong ikhlas, ini bantuan kecil saya, tak terfikir nak buat duit dari peniaga-peniaga kecil di saat ini.
"Tak perlu offer duit sebab free story review," kongsinya di laman sosial berkenaan.
Dalam pada itu, Emelda memaklumkan dia menerima banyak kiriman mesej (DM) dan ada perniagaan yang belum sempat dipromosikannya.
Justeru, Emelda meminta para peniaga yang masih belum menerima sebarang respon untuk menghantar semula promosi bisnes mereka kepadanya.
"Maaf kalau saya belum post, sebab DM banyak, IG Story 24 jam, kalau saya belum repost, sila hantar balik, terima kasih semua, saya doakan rezeki kalian bertambah," tulisnya lagi.
Selain menghantar DM, Emelda menggalakkan peniaga kecil untuk berkongsi bisnes di IG Story mereka dengan meletakkan tag akaunnya (@emeldarosemila) agar dia boleh berkongsi semula (repost) perkongsian tersebut.