"Sedikit Kesilapan Mungkin Saya Berada Dalam Bahaya, Ketika Itu Keluar Semua Muka Orang Tersayang" - Shuib Sepahtu

Rozaimi Zubaidi
November 6, 2018 06:00 MYT
Pelawak Shuib Sepahtu mengakui pengalamannya mencipta sejarah dalam The Malaysia Book Of Records’ apabila berjaya menjadi ‘Most Numbers of Bees On Human Body (Male)’ bukanlah sesuatu yang mudah.
Menerusi entri di Instagram (IG), Shuib berkongsi pengalamannya ketika di hurung oleh 340,000 ekor lebah di badannya.
"Perkara yang langsung saya tak pernah terfikir untuk buat. Risiko sangat tinggi sebab sedikit kesilapan mungkin akan menyebabkan saya berada dalam bahaya.
"Masa muka ditutupi lebah hampir tiga inci, ketika itu keluar semua muka orang yang saya sayang, semua kata-kata semangat daripada rakan-rakan dan paling nyata adalah “Hanya Allah sahajalah tempat bergantung paling Indah”.
"Terima kasih Team MaduTiga sdn bhd, Terima kasih @beefactoryhqbyshuib, terima kasih @malaysiabookofrecords dan terima ksih pada semua yang terlibat dalam menjayakan #beemanchallenge ni.
"Tahniah @pabloamirul We Made It! #malaysiabookofrecords #340,000 #beefactory #maduasli," tulisnya.
Rata-rata mengucapkan tahiah Shuib dan Pablo Amirul kerana berjaya mencipta sejarah dalam The Malaysia Book Of Records.
Shuib dan Pablo Amirul berjaya mencipat rekod ‘The Malaysia Book Of Record’ selepas berjaya dalam cabaran ‘Most Number Of Bees On Human Body (Male) dengan meletakkan 340,000 ekor di badan mereka di Taman Botanikal, Ayer Keroh, semalam.
#Pelawak #Shuib SepahTu