Berita
Sedondon Ungu, Majlis Akikah Anak Hafidz Roshdi Meriah
Pelakon Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri telah mengadakan majlis akikah buat anak sulung mereka, Humairah Muhammad Hafidz semalam.
Kemeriahan sekitar majlis itu dikongsi pelakon berkenaan di laman sosial Instagram (IG).
Hafidz dan isterinya kelihatan manis sedondon memakai baju kurung dan baju Melayu berona ungu.
Humairah juga kelihatan sangat comel apabila turut memakai gaun berona ungu.
Majlis tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga terdekatnya.
Menerusi foto yang dikongsi, rata-rata memuji kecomelan Humairah dan mereka berdoa agar dia dapat membesar dengan sihat serta menjadi anak yang solehah.
Humairah dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Klang, Selangor, kira-kira pukul 1.30 pagi pada 9 September tahun lalu.
Berikut merupakan foto-foto sekitar majlis akikah Humairah: