Hiburan

“Segala Lirik ‘Double Meaning’ Tu Berpunca Dari Saya, Bukan K-Clique – MK Terima Teguran

gempak
Azwa Rahman
21/01/2020
07:50 MYT
Sponsor Banner
“Segala Lirik ‘Double Meaning’ Tu Berpunca Dari Saya, Bukan K-Clique – MK Terima Teguran
Penyanyi rap MK dari kumpulan K-Clique menerima segala kritikan membina terhadap lirik ‘double meaning’ yang digunakan dalam lagu-lagu mereka.
Menurut MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 24, setelah menerima banyak maklum balas tentang lirik ‘double meaning’, dia tidak mahu lagi menggunakan unsur terbabit untuk tahun 2020.
“Segala lirik ‘double meaning’ tu berpunca dari saya, bukan K-Clique. Terpulang pada pendapat orang yang mendengar. Pendapat yang bagus kita ambil, mana yang tak bagus kita biarkan.
“Saya anggap itu sebagai kesilapan dan saya belajar daripada situ. Keadaan semakin terkawal,” jelas MK kepada Gempak.
MK ditemui ketika Anugerah Era Digital Muzik (EDMA) yang diadakan di Battle Arena, Petaling Jaya pada Jumaat.
Tambah MK lagi, dia cukup bersyukur apabila nama kumpulannya semakin popular sepanjang tahun 2019.
“Alhamdulillah, itu semua rezeki dari atas. From nothing kepada somebody, lepas tu somebody kepada nothing, itu pun boleh, senang je. Jadi, sentiasa bersyukur.
“Saya pun orang kenal sebab K-Clique. Tahun baru ni kalau boleh kami nak kekalkan kedudukan dan terus konsisten berada dalam industri hiburan tanah air.
Sekadar info, K-Clique menjadi artis tempatan yang mencatat jumlah penstriman tertinggi bagi tahun 2019, berdasarkan senarai tahunan Spotify Wrapped.
Malah, K-Clique turut diumumkan sebagai Rappers Paling Onz dan lagu Mimpi hasil kolaborasi kumpulan itu bersama Alif dinobatkan sebagai Lagu Featuring Hit pada EDMA anjuran radio Era.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live