Penyanyi dangdut terkenal, Amelina bersyukur penat lelahnya membesarkan enam orang anak sebagai ibu tunggal berbaloi.

Berkongsi luahan hati di laman Instagram beberapa hari lalu, Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin, 45, memuat naik video kenangan dirinya bersama anak-anak ketika mereka masih kecil sehingga kini.

"Sebelum melelapkan mata, Kaklong nak share betapa Kaklong rasa amat bersyukur segala penat lelah, jerih perih, cacian, kecaman dan hinaan Kaklong terima, Kaklong berasa amat berbaloi bila Kaklong terlihat kembali foto lama Kaklong masa anak kecil-kecil.

"Dan foto Kaklong bersama anak-anak setelah mereka dewasa membuat Kaklong berasa bertambah kuat dan bersemangat untuk terus berusaha demi masa depan mereka," tulis Amelina.


Sebelum melelapkan mata kaklong nak share betapa kaklong rasa amat bersyukur segala penat lelah, jerih perih,cacian, kecaman dan hinaan kaklong terima kaklong berasa amat berbaloi bila kaklong terlihat kembali foto lama kaklong masa anak kecil2 dan foto kaklong bersama anak2 setelah mereka dewasa membuat kaklong berasa bertambah kuat dan bersemangat untuk terus berusaha demi masa depan mereka. Saat kaklong di berikan dugaan ini betapa hanya Allah yg tahu meruntunnya jiwa kaklong namun... Kaklong yakin rezeki Allah untuk anak2 ada yg penting nawaitu , pasrah dan redho sentiasa. Syukur padamu Ya Allah kerana mengurniakan aku 6 amanah MU ini.❤ #ibutunggal

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on


Tambah pelantun lagu Janda Anak 6 ini, dia yakin dengan rezeki Allah dalam membesarkan cahaya matanya.

"Saat Kaklong di berikan dugaan ini betapa hanya Allah yang tahu meruntunnya jiwa Kaklong namun Kaklong yakin rezeki Allah untuk anak-anak ada, yang penting nawaitu, pasrah dan reda sentiasa. Syukur padamu Ya Allah kerana mengurniakan aku enam amanah-Mu ini," tulis Amelina lagi.

Di ruangan komen, rata-rata peminat Amelina memuji ketabahan hati penyanyi lagu Semakin Rindu Semakin Asyik ini.

Netizen juga kagum dengan perjalanan hidup wanita ini yang cekal membesarkan enam orang anak.

Pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Reduan Mahamood, Amelina yang kini menggalas status ibu tunggal bahagia membesarkan enam cahaya mata iaitu Puteri Nur Athirah, Putera Al Arffa, Putera Al Asyraff, Puteri Nur Asyurrah, Putera Al Arffa dan Putera Al Amzarr.