"Segala Upaya Kita Lakukan" – Kemelut Jerebu, Jokowi Arahkan 5,600 Anggota Untuk...
Hanafis Haris
18/09/2019 09:33 MYT
18/09/2019 09:33 MYT
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) berusaha untuk melakukan semua usaha untuk menghentikan kebakaran hutan di sekitar Riau.
Menerusi Twitter, Jokowi menjelaskan pihaknya telah mengarahkan 5,600 anggota pasukan pemadam kebakaran tambahan untuk ke wilayah Riau.
"Penanganan kebakaran hutan di Pelalawan, Riau, hari ini.
"5,600 anggota tambahan, 'water bombing', 52 pesawat dan pesawat penyemai hari ini akan membuat hujan buatan di lapangan.
"Segala upaya kita lakukan untuk menghentikan kebakaran," katanya.
Menerusi posting tersebut, Jokowi turut memuat naik gambar keadaan operasi memadam kebakaran di Desa Merbau, Kecamatan Bunut, Kabupaten Pelalawan, Riau.
Sehingga kini posting berkenaan telah dikongsi lebih 11,800 kali dan menerima 38,000 likes.
Rata-rata warganet mendoakan supaya usaha untuk membuahkan hasil.
Sementara itu, laporan dikeluarkan Switzerland Air Quality masih menunjukkan Malaysia di kedudukan pertama sebagai negara dengan rekod udara paling tercemar.
Kuching, Sarawak dengan kadar Air Quality Index (AQI) sebanyak 204 manakala Kuala Lumpur setinggi 194.
Singapura dan Jakarta, Indonesia berada di kedudukan ketiga dan keempat masing-masing dengan 161 dan 158 AQI.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.