Pelakon cantik Anzalna Nasir atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir meraikan ulang tahun ke-32 hari ini.

Menerusi kemas kini akaun Instagram miliknya, aktres drama bersiri Memori Cinta Suraya ini mendedahkan sambutan hari istimewanya berubah selepas kedatangan anak, Mohamad Eidrees.

"Segalanya berubah bila ada @mohamadeidrees ? Dulu, mesti tunggu sampai 12 midnight sebab nak celebrate birthday.

"Semalam, 9 malam dah tidur sebab kena berjaga malam susukan anak. I am not complaining tapi sangat bersyukur. @mohamadeidrees lah yang ditunggu-tunggu selama ni," tulis Anzalna.

Segalanya berubah bila ada @mohamadeidrees ? Dulu, mesti tunggu sampai 12 midnight sebab nak celebrate birthday. Semalam, 9pm dah tidur sebab kena berjaga malam susukan anak. I am not complaining tapi sangat bersyukur. @mohamadeidrees la yang ditunggu-tunggu selama ni. Last night @hanif_zaki woke me up, kissed me on my forehead and wished me birthday tapi I pura-pura mengigau! Hahahahahahhahahahaha #9thJan

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on


Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Arluna ini juga sempat bergurau dalam ucapan terbabit.

"Malam tadi suami @hanif_zaki kejutkan I, cium I di dahi dan mengucapkan selamat hari jadi kepada I tapi I pura-pura mengigau! Hahahahahahahahahahaha #9thJan," tulisnya lagi.

Anzalna mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mohammad Eidress pada 31 Mei 2019.