Konsert kedua Gegar Vaganza lapan (GV8) yang berlangsung pada minggu lalu sekali lagi menyaksikan tiada sebarang penyingkiran buat 13 bintang yang bertanding.

Jika minggu lalu tema yang dibawa adalah 'Masih Aku Terasa', kini kesemua bintang akan menempuh lagu yang luar daripada forte mereka.

Bertemakan ‘Segalanya Ku Terima’, berikut merupakan senarai lagu konsert ketiga GV8!

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2021 (GV8) Minggu Ketiga

1. Nikki Palikat - Semalam (Aina Abdul)

2. Adibah Noor - All I Ask (Adele)

3. Aliff Aziz - Kasihnya Laila (Jinbara)

4. Aweera - Boneka (Ernie Zakri)

5. Upiak Isil - Retak (Ella)

6. Suki Low - Badarsila (Datuk Seri Siti Nurhaliza)

7. Saiful Apek dan Yassin (Saya) - Better Man (Robbie Williams)

8. Azan Scan - Ini Rindu (Farid Hardja & Lucky Resha)

9. Shidee - Blue Suede Shoes (Elvis Presley)

10. Bandi Amuk - Nak Dara Rindu (Tan Sri P.Ramlee)

11. Datuk Fazley Yaakob - Yang Sedang Sedang Saja (Iwan)

12. Ani Maiyuni - Naluri / Hadirlah Kekasih (Datuk Nora Ariffin)

13. Kumpulan Nico G - Manis (Dato Zainal Abidin)

Lagu Pembukaan: Nabil Ahmad & Jihan Muse - Shake It Off (Taylor Swift)



Untuk rekod, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.