Laman Utama

"Segan & Janggal, Orang Panggil Kak Ani, Tiba-Tiba Tukar..." - Belum Bersedia, Noraniza Idris Tolak Gelaran Datuk

gempak
Mya Amri
08/06/2022
05:00 MYT
Sponsor Banner
"Segan & Janggal, Orang Panggil Kak Ani, Tiba-Tiba Tukar..." - Belum Bersedia, Noraniza Idris Tolak Gelaran Datuk
Penyanyi terkenal dan juga Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris belum bersedia untuk menerima gelaran Datuk.
Menurut Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani, ada beberapa pihak tampil menawarkan gelaran tersebut namun ditolak dengan baik.
“Bukan baru-baru ini, dah lama dah sejak 2007 sehinggalah tahun lepas. Tawaran itu ada sahaja tetapi secara jujurnya saya tolak.
“Secara peribadi, saya memang daripada dulu sampai sekarang, bila orang nak bagi gelaran Datuk tu saya rasa macam segan pula.
“Rasa janggal pun ya juga. Sebab saya banyak buat program CSR, orang panggil saya kak Ani, tiba-tiba nak tukar panggil Datuk, saya rasa lain pula,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Kata Kak Ani lagi, dia merasakan dirinya masih belum sesuai untuk memikul tanggungjawab dengan membawa gelaran Datuk.
“Saya bukanlah seorang jutawan yang membantu ramai orang. Saya juga bukanlah orang yang benar-benar berjaya, kalau besar sumbangan saya tidak mengapa.
“Tak apalah, mungkin belum sampai masanya lagi. Sebab kita tahu diri kita bagaimana. Saya memang pesan awal-awal, jangan dulu sebab saya rasa belum boleh nak pegang gelaran itu.
“Saya lebih selesa dengan status sekarang. Tak apalah, dapat gelaran Datuk yang ada cucu pun dah okay,” katanya sambil berseloroh.
Dalam perkembangan terbaharu, Noraniza Idris telah dilantik sebagai Duta Pelancongan Seni dan Budaya.
Selain itu, Noraniza juga sedang sibuk membuat persiapan konsert terakhirnya, Malai Solo yang dijadualkan berlangsung pada Oktober depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live