Laman Utama

"Segar & Sihat"- Dah Turun 30kg Melly Goeslow Mahu Turun Lagi 2kg Untuk...

gempak
Syafiqah Jalal
13/01/2023
12:47 MYT
Sponsor Banner
"Segar & Sihat"- Dah Turun 30kg Melly Goeslow Mahu Turun Lagi 2kg Untuk...
Penyanyi dan komposer popular Indonesia, Melly Goeslow bersyukur dapat menurunkan beratnya kini keseluruhan 30 kilogram (kg)
Gembira dengan kejayaannya menurunkan berat badan, Melly Goeslow yang berkongsi kisah perjalanannya selepas melalui proses "potong usus" atau bariatric memberitahu mahu turunkan lagi 2kg.
"Baru sahaja timbang berat sudah 57kg , dari 87kg. Jadi total sudah turun 30kg Alhamdulillah.
"Tinggal 2kg lagi dari target yang diinginkan," kongsinya.
Penyanyi lagu Denting itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi kemas kini itu, Melly memuat naik foto bentuk badannya yang terkini.
Malah dia gembira kerana sudah dapat memakai baju bersaiz kecil.
"Size jeans sudah 27 , baju sudah boleh pakai size XS , segar dan sihat," ceritanya yang turut berterima kasih kepada doktor yang merawatnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024