Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Sehari Sebelum Berlangsung, One Love Music Festival Dibatalkan Saat Akhir Kerana Kurang Dana

Mya Amri 20/12/2024 | 14:59 MYT
Konsert One Love Music Festival yang sepatutnya dijadualkan berlangsung esok, 21 Disember di MAEPS, Serdang terpaksa dibatalkan pada saat akhir.
Berita itu dimaklumkan oleh wakil penganjur yang juga Pengasas Tuff KL, Muhammad Zul Aqil menerusi satu kenyataan di Instagram pada Jumaat.

Kekurangan dana untuk tampung kos

Menurut Zul Aqil, keputusan sukar itu terpaksa dibuat kerana kekurangan dana untuk menampung kos penganjuran.

Ucap Penghargaan Kepada Semua

Dalam kenyataan sama, Zul Aqil juga turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang memahami situasi tersebut.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong One Love Music Festival, termasuk penonton, artis, penaja, rakan strategik, dan vendor.

“Sokongan anda amat kami hargai, dan kami berharap dapat bangkit semula dengan acara yang lebih baik pada masa hadapan,” katanya
Terdahulu, One Love Music Festival merupakan sebuah acara muzik yang menggabungkan barisan artis dan band daripada Malaysia dan Indonesia.
Antara selebriti dijangka bakal membuat persembahan sebelum ini termasuk Hujan, Drama Band, Salma Salsabil, Nadin Amizah, Bunkface dan ramai lagi.
#Konsert #Konsert batal #batal #MAEPS #Kurang Dana #One Love Music Festival