GENGMAKMAK
Seharian Melayan Kerenah Anak-Anak? Ini 5 Cara Untuk ‘Mak Mak’ Kekal Segar & Aktif!
Sebagai seorang ibu, banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan setiap hari.
Bukan sahaja perlu menguruskan anak-anak tetapi terpaksa melayan kerenah mereka yang tidak menentu setiap hari.
Namun, dalam masa yang sama kesihatan dan kesegaran tubuh badan memainkan peranan yang besar dalam kehidupan seharian kita.
Jadi untuk kekal segar dan aktif meskipun terpaksa melakukan banyak kerja harian yang kadang-kala memenatkan, ikuti lima langkah atau cara khas Gempak buat ‘Mak Mak’ hebat di luar sana!
Sesibuk mana pun, jangan lupa untuk meluangkan masa untuk bersarapan pagi. Urus masa ‘Mak Mak’ di waktu pagi supaya dapat mengambil sarapan ringkas seperti oat atau gandum yang pasti memberi tenaga untuk anda memulakan hari yang panjang. Ini bermakna pemakanan anda juga penting untuk dijaga. Jika anda tidak dapat menguruskan waktu makan anda pasti ia akan menyebabkan badan anda lesu serta cepat masuk angin atau gastrik. Jika ini berlaku sudah pasti ia akan menggangu keseluruhan hari anda bersama anak-anak!
Kanak-kanak mempunyai lebih banyak tenaga untuk digunakan. Jadi apa kata, ajak sekali anak-anak anda untuk melaukan kerja rumah seperti mengemas rumah atau mainan mereka, membasuh pinggan dan baju bersama. Jadikan ia satu aktiviti yang menyeronokkan supaya sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan penat anda menguruskan kerja rumah seorang diri.
‘Mak Mak’ selalunya beri alasan setiap kali diminta untuk melalukan senaman kerana bagi mereka tiada masa untuk itu semua. Jangan bimbang, jika anda sukar untuk melalukannya kerana terikat untuk menjaga anak-anak, apa kata anda bawa anak-anak untuk melalukan aktiviti outdoor atau riadah setiap pagi atau petang. Jika tidak ke taman sekalipun, cukup di halaman rumah sahaja. Ajak anak-anak anda melakukan aktiviti senama bersama anda, tentu ia menyeronokkan!
Percayalah setiap ibu pasti akan terima banyak tekanan bukan sahaja ‘Mak Mak’ di rumah malah ibu yang bekerja. Namun cuba elak atau kawal tekanan itu kerana ia akan menggangu emosi sekaligus kesihatan anda. Mungkin anda boleh mengawal tekanan itu dengan meluahkannya dengan teman-teman atau suami. Jika ia berkaitan anak-anak anda, cuba kawal tekanan itu dengan berfikiran positif bahawa anak-anak anda masih kecil dan perlu bimbingan.
Selepas penat melakukan kerjaya rumah serta melayan kerenah anak anda, ‘Mak Mak’ perlu tenangkan diri dengan sesuatu yang boleh buat anda kekal segar. Mudah sahaja, gunakan ubat gigi Darlie Double Action pada waktu pagi, tengahari selepas makan serta malam sebelum tidur. Nafas segar, minda pun segar! Aktiviti harian anda bersama anak-anak juga tidak terganggu!
- Breakfast Jangan Lupa!

- Ajak Anak Lakukan Kerja Rumah Bersama-sama!

- Bersenam Sambil Lakukan Aktiviti Outdoor

- Kawal Tekanan

- Segarkan Diri Dengan Darlie Double Action

Namun, anda usah bimbang kerana ramai ‘Mak-Mak’ di luar sana juga mengalami masalah yang lebih kurang yang sama dan berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik. Tidak percaya? Nantikan satu drama bersiri Geng Mak Mak di www.gengmakmak.com.my bermula 15 April ini. Ia akan memaparkan kehidupan ‘Mak Mak’ secara realiti yang mungkin anda boleh dekati dan fahami.
Must-Watch Video