Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sehun EXO Dedah Terima 100 Panggilan Sehari Dari Sasaeng!

Maliah Surip
12/05/2021 06:50 MYT
Salah seorang anggota kumpulan EXO, Sehun bersiaran secara langsung dalam Instagaramnya pada Isnin lalu.

Sewaktu beramah mesra dengan peminatnya, termasuk memberi khabar terkini beberapa anggota EXO seperti Chanyeol dan Baekhyun yang sedang menjalani latihan ketenteraan, Sehun membuat sebuah pengakuan.

Dia memberitahu telah diganggu oleh sasaeng atau penggemar fanatik melalui panggilan telefon setiap hari.

Malah, saat bersiaran langsung, Sehun telah dihubungi oleh sasaeng. Bukan sekali dua, tetapi 100 kali sehari!

"Tolong jangan hubungi saya. Saya benar-benar mendapat 100 kali panggilan dalam satu hari. Saya sengaja tidak menukar nombor ini kerana sedar akan tetap mendapat panggilan seperti ini walaupun sudah ganti nombor," kata Sehun seperti dilaporkan Soompi.

Sehun menambah: "Itu malah akan lebih mengganggu. Jadi saya sengaja tidak menggantinya."

Menerima gangguan daripada sasaeng bukanlah masalah baharu bagi Sehun. Pada tahun 2014, dia juga pernah memberi amaran kepada golongan ini yang disifatkan telah menganggu privasi dan menakutkannya.

"Saya akan mengatakan ini untuk yang terakhir kali. Kenapa saya menerima terlalu banyak pesanan dalam sehari yang berisi nombor pendaftaran dan hal hal tak berkaitan?

"Jika anda meneruskan perbuatan tak berfaedah ini, saya tidak akan berdiam diri," kata Sehun.

Di Korea Selatan sikap fanatik sasaeng sering mengamcam keamanan dan privasi para selebriti. Selain sanggup berkhemah di depan rumah atau mencari tahu aktiviti para idola mereka, ramai sasaeng yang bermaksud kehidupan peribadi dalam bahasa Korea melakukan hal yang cukup ekstrim kepada mereka.

Sebelum ini girlband TWICE serta boyband GOT7 pun pernah mengalami ancaman dari para sasaeng.

Kredit Foto: Soompi
#K #Korea #Telefon #Pop #Sehun EXO #Fanatik #Sasaeng
;