“Sejahat Apa Pun Kita, Tetap Allah Di Hati” - Elyana Akui Berusaha Jadi Orang Baik Setiap Hari
Izwan Isa
12/09/2022 13:50 MYT
12/09/2022 13:50 MYT
Kedatangan kumpulan Dewa 19 ke ibu negara hujung minggu lalu bagi penganjuran konsert 30 Years of Dewa 19 Anniversary Tour dilihat mengubat banyak hati peminat yang rata-rata ‘kangen’ terhadap kugiran tersohor itu.
Selain penonton yang membanjiri Axiata Arena pada malam Jumaat dan Sabtu, kelibat selebriti tempatan juga dilihat sama-sama turun untuk menyaksikan persembahan daripada band pujaan mereka.
Tidak terkecuali penyanyi dan pelakon Elyana. Menerusi kemas kini di Instagram, Elyana dilihat teruja apabila Ahmad Dhani mengambil alih posisi vokalis dan melantunkan lagu Hadapi Dengan Senyuman.
Menerusi ruangan kapsyen, Elyana melabelkan lagu berkenaan sebagai lagu pemberi semangat kepada dirinya.
“Lagu semangat saya. Lagu yang sangat bermakna sepanjang saya berjuang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan komen, rata-rata turut bersetuju dengan Elyana bahawa lagu berkenaan merupakan lagu pemberi semangat.
Selain itu, ada juga yang meninggalkan respons positif terhadap penyanyi lagu Kalis Rindu itu untuk terus bergembira dengan kehidupan.
“Hidup dengan happy je kak. Biarlah apa orang nak cakap. Allah tak kejam pada hamba-Nya. Akan datang indah pada waktunya,” tulis individu berkenaan.
Elyana kemudian mengambil peluang itu dan membalas: “Insya-Allah… Sejahat apa pun kita, tetap Allah di hati. Tak pernah ada selain dari Allah. Setiap hari berusaha untuk jadi orang baik, walaupun kita bukan orang baik,” katanya.
Terdahulu, Elyana menderita kanser limfoma selama 11 tahun. Selepas berjuang melawan penyakit itu, Elyana mengumumkan yang dia kini bebas kanser pada Disember tahun lalu.
Kemudian, Elyana menerima kecaman selepas nekad menanggalkan tudung dan tidak lagi menutup aurat.