Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Sejak Awal Lagi Suami Tidak Pernah Halang Berlakon Pun, Tapi ....." - Irma Hasmie

Rozaimi Zubaidi 26/10/2018 | 07:35 MYT
Pengacara dan pelakon Irma Hasmie mengakui suaminya, Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan tidak pernah menghalangnya untuk terus aktif bergelar seorang pelakon.
Menurut Irma, sekarang bukan masanya yang sesuai untuk dia aktif berlakon semula kerana ingin memberi tumpuan pada anak-anaknya.
"Sejak awal lagi suami tidak pernah halang saya untuk berlakon pun tapi saya yang tidak mahu aktif semula.
"Ini kerana jika berada di lokasi pengambaran akan mengambil masa yang lama jadi saya bimbang tidak dapat memberi komitmen kerana risau keluarga akan terabai.
"Sekarang ini saya dan suami yang uruskan anak-anak kerana kami tidak ada pembantu.
"Mungkin suatu hari nanti bila semuanya dah ok saya akan kembali semula untuk berlakon," katanya kepada Gempak.
Irma berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dokumentari Hidangan Laluan Sutera yang diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC) The Gardens, baru-baru ini.
Dokumentari Hidangan Laluan Sutera terbitan Metrowealth dan Shen Lan Time International Film yang berpangkalan di China itu akan bersiaran pada pukul 11 malam di saluran Astro Naura (125).
Hidangan Laluan Sutera akan disiarkan sebanyak lima episod dan akan memaparkan pelbagai makanan halal enak serta lokasi menarik untuk dikunjungi terutamanya pelancong beragama Islam.
#pelakon #Irma Hasmie #Pelakon
;