Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Sejak Form 2, Cilok Keluar Asrama Nak Tengok Konsert Wings!” Khir Rahman Duet Dengan Awie, Memang Padu!

Mya Amri 30/07/2020 | 10:02 MYT
Pelakon Khir Rahman tidak melepaskan peluang untuk berduet dengan penyanyi rock negara, Datuk Awie.
Menyampaikan lagu popular berjudul Isabella, Khir akui berasa gembira dapat merakamkan detik manis bersama penyanyi pujaannya.
“Aku, Datuk Awie dan Isabella. Walau suara dah letih namun bila Datuk Awie ajak duet, aku bedal jugak. Gila ke nak tolak hahaha.
“Alhamdulillah, sejak tingkatan 2, aku cilok keluar asrama nak tengok konsert Wings hahah,” kongsinya.

Sorry la, melalui IGTV ni ..framing jadi tak penuh ..terima kasih buat @haniecenderawasih yg merakam momento ini . walau suara dah letih, namun bila Dato Awie ajak duet ..aku bedal jugak ..giler ke nak tolak hahaha . Alhamdulillah.. sejak form 2 ..aku cilok keluar asrama nak tengok konsert Wings hahaha . So wa abadikan momento ini di sini! . #30july #2020 .

A post shared by KHIR RAHMAN AL BAQI (@kei_ramoss) on

Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya tidak puas mendengar alunan vokal Khir dan Awie selain memuju paduan suara kedua-dua selebriti itu.
Dalam perkembangan terbaharu, Khir kini mengacarakan program Rumah No 107 bersama Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha.
Saksikan episod terbaharu Rumah No 107 bersama PU Azman dan Imam Muda Asyraf pada Jumaat (esok), jam 9 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.
#Datuk Awie #Khir Rahman
;