Seorang wanita membuat pengakuan kepada Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri yang dia kini berhijrah dengan mengenakan hijab selepas pendakwah itu menegur pakaian dan aurat beberapa artis di Malaysia.

Wanita itu berkata dia malu dan takut atas perbuatan lampaunya dan ingin berubah selepas mendengar teguran pendakwah itu kepada artis Malaysia.

Syed Bakri berkongsi paparan skrin pengakuan wanita itu yang menghantar mesej peribadi (DM) kepadanya ke akaun Instagram (IG) miliknya.

Ambe rase sgt gembira, walaupun beberapa teguran yg ambe post adalah bertujuan utk menegur pihak lain, namun cercaan dan hinaan yg ambe terima, rupa2nya Allah menjentik hati org lain utk sedar dan ingin berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya, Alhamdulillah Kita doakan saudari kita ini istiqamah utk berubah, berkat Ramadhan ini, Allahumma aamiin

A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahya) on


Sementara itu, Syed akui gembira dengan penghijrahan wanita itu walaupun dia menerima pelbagai hinaan ketika menyampaikan dakwahnya sebelum ini.

”Saya rase sangat gembira, walaupun beberapa teguran yang saya post adalah bertujuan untuk menegur pihak lain, namun cercaan dan hinaan yang saya terima,


“Rupa-rupanya Allah menjentik hati org lain untuk sedar dan ingin berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.


“Alhamdulillah kita doakan saudari kita ini istiqamah untuk berubah, berkat Ramadab ini,” katanya.


Terdahulu, Syed telah banyak membuat teguran menerusi ruangan laman sosialnya kepada tingkah laku serta pakaian artis Malaysia yang didakwa melanggar syariat Islam.