Semua orang tahu pelakon Aishah Azman bakal bertunang dengan pelakon Syafie Naswip pada April ini. Cuma tarikhnya sahaja belum diumumkan lagi.
(Baca: EKSKLUSIF: Syafie Naswip Dan Aishah Azman Bakal Bertunang April Ini)

Pada satu entri di Instagram Aishah dia menulis sesuatu buat bakal tunangnya itu.

"Sejak kenal awak saya jadi rajin belajar. Belajar apa? Belajar menjadi yang terbaik buat awak," tulis Aishah.

Sejak kenal awak saya jadi rajin belajar. Belajar apa? Belajar menjadi yang terbaik buat awak ??

A post shared by Aishah Azman (@aishahazman8) on


Pada entri yang sama, Syafie Naswip turut meninggalkan komen dengan imoji berbentuk hati.

"Amin samalah kita," komen Syafie kembali.

Sama-samalah kita tunggu tarikh pertunangan antara dua pelakon muda ini.

Kredit Gambar: Instagram