Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sejam Menyelam Akhirnya Telefon Pintar Nur Farah Kartini Ditemui, Suspek Turut Berada Di Lokasi Kejadian

Asyikin Mayudin
17/07/2024 05:09 MYT
Telefon pintar dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah ditemui di kawasan parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, 12.21 tengah hari, Rabu.

Peranti itu ditemui anggota Unit Sub Akuatik Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor selepas sejam menyelam.

Pada masa sama, polis turut membawa suspek, 26, ke lokasi kejadian untuk proses pengecaman telefon pintar milik Nur Farah Kartini.

Ketika ini, proses mencari bahan bukti lain masih dijalankan.

Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan mati, kelmarin, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Sumber - Harian Metro

#Kes Bunuh #Nur Farah Kartini #Suspek Nur Farah Kartini #Suspek bunuh #Kekasih Nur Farah Kartini