Puteri bongsu Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah mencuri perhatian dengan menyarungkan kembali busana bondanya pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara semalam.
Mempunyai kenangan tersendiri, busana tersebut merupakan persalinan yang pernah dipakai Raja Permaisuri Agong semasa menyaksikan pertabalan ayahanda baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-8.
“Semasa ayahanda saya ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, pakaian yang saya pakai itu saya masih simpan, dan anak bongsu, Jihan, is going to wear the baju that I wear to my father’s pertabalan.
“Jihan sendiri minta, Jihan nak pakai. Mungkin pada itu saya akan menitiskan air mata...,” titah Tunku Azizah sewaktu diwawancara khas bersama Bernama di Istana Negara.
Berkongsi foto tersebut di laman Instagram Istana Negara, rata-rata netizen memuji kecantikan busana tersebut dan nostalgia yang diimbau oleh Tengku Puteri Jihan.
“Tahan sungguh material kain yang digunakan. Walaupun dah 35 tahun, tetap cantik!” puji seorang netizen.
“Masya-Allah cantik dan ayu sungguh Puteri Jihan. Seriras bonda tercinta,” komen seorang netizen lagi.
Malah, ramai juga yang terpegun melihat kecantikan Raja Permaisuri Agong sewaktu usia muda dan berpendapat baginda begitu mirip dengan mendiang Puteri Diana.
Satu busana nostalgia yang memberi seribu makna, pastinya menjadi kenangan terindah buat seluruh kerabat diraja dan rakyat jelata.
Meerqeen Kenal Sarah Yasmine - “Kami Akui Pernah Jumpa”
Pelakon, Meerqeen tidak menafikan bahawa dirinya pernah bertemu dengan kekasih gelap kepada Aliff Aziz, Sarah Yasmine. Bagaimanapun, menurut Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan baik apa lagi menjadi kawan. “Saya fikir saya kenal dan kami pernah jumpa. She’s a fan,” u
Pelakon Dr Pontianak Alami Kisah Mistik Diganggu Hantu! | Singgah Set
Kimberly Chuah bagitahu kat Cik Bam yang diorang diganggu perkara mistik ketika penggambaran Dr Pontianak. Sharifah Sakinah pulak tak puas hati Cik Bam datang time dah nak habis waktu shooting. Mierul Aiman sempat bagi pickup line kat Cik Bam.
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #DrPontianak
Mulai 3 Mei 2024, setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna dan Strim Astro GO
Terbitan: KL MOTION PICTURES CO.
Arahan: Wan Alauddin (Alak) & Wan Hasliza Wan Zainuddin
Bersama dengan Mierul Aiman, Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Sathis Varan & pelakon-pelakon hebat yang lain.
#AstroBaharu #DrPontianak #AstroBaharu #TakMacamDulu #BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat