Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Sejarah Tercipta, Vaksin COVID-19 Selamat Tiba Di Tanah Air

Asraf Aided 21/02/2021 | 04:00 MYT
Vaksin wabak COVID-19 yang dinanti-nanti bagi mengentikan penularan wabak itu telahpun selamat tiba di negara kita.
Pesawat khas yang membawa kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini.
Pesawat MH604 itu dihiasi livery Jalur Gemilang membawa maksud, vaksin itu adalah untuk rakyat Malaysia.
Dengan membawa 312,390 dos vaksin COVID-19 secara keseluruhan, pesawat itu mendarat pada jam 10.07 pagi.
Dikendalikan MAB Kargo Sdn Bhd (MASKargo) iaitu cabang kargo syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Bhd, penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) itu menggunakan pesawat Airbus 330-300 bagi membawa vaksin COVID-19 tersebut.
Sebaik mendarat, vaksin dipindahkan dan ditempatkan dalam peranti muatan unit (ULD) dari bahagian kargo pesawat ke trak milik DHL Express. Proses itu berlangsung di kawasan Advanced Cargo Centre (ACC), KLIA.
Antara yang hadir menyaksikan detik bersejarah itu adalah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Selepas proses pemindahan, trak syarikat logistik berkenaan diiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk ke lokasi penyimpanan vaksin yang ditetapkan sebagai langkah keselamatan.
Sumber : BERNAMA
Kredit Foto : AWANI, Kosmo, Sinar Harian
#Malaysia #Vaksin #KLIA #COVID-19 #Tiba
;