Sejuk Hati, Norman Hakim Dapat Duit Belanja Dari Anak Bujangnya Hasil Duit Ajar Orang Mengaji Di Musim PKP
Zulaikha Yusof
26/01/2021 04:33 MYT
26/01/2021 04:33 MYT
Pelakon Norman Hakim, 45, terharu dengan tindakan anak lelakinya, Mohamed Danish Hakim, 17, yang memberikannya duit belanja hasil daripada titik peluh bekerja.
Difahamkan, Danish menggunakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mencari wang sendiri dengan mengajar orang mengaji secara online.
Menurut Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, dia tidak pernah mengajar anaknya untuk berbuat seperti itu namun mereka belajar dari apa yang dilakukannya.
"Sekadar berkongsi, saya tidak pernah ajar anak-anak untuk bagi duit pada ibu bapa, tapi mereka belajar dari apa yang kita sendiri praktikkan pada mak ayah kita.
"Kita memimpin dengan teladan. Insha-Allah sentiasa percaya pada ‘miracle’ melalui jariah kita pada mak ayah kita.
"Itu semua janji Allah yang memang dah tertulis dalam Al-Quran (Surah Al-Baqarah Ayat 261-262 m/s 44).
"Yang penting kena sentiasa ikhlas dan istiqomah.Semoga kita sama-sama sentiasa dipelihara di bawah jagaanNya," tulisnya di Instagram (IG).
Menerusi perkongsian itu, Norman menunjukkan jumlah yang diterima iaitu sebanyak RM200,00.
Dalam pada itu, pelakon drama Chandelier turut mendoakan agar bisnes dan perjalanan anak lelakinya untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini dipermudahkan Allah.
"Semoga usaha dan bisnes abang melalui platform @d_ngajiofficial dengan menurunkan ilmu Al-Quran sentiasa dipermudahkan dan dirahmati.
"Mohon doakan juga untuk peperiksaan SPM abang @danishhakimofficial insha-Allah kalau takda aral mula pada 22 Februari 2021 ni nanti," tulisnya lagi.
Sebelum ini Norman pernah berkahwin dengan Abby Abadi pada 8 Januari 2002 namun bercerai pada 18 Disember 2008.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Maria Danisha Hakim.
Terbaru, Norman muncul dalam drama The Maid bersama barisan pelakon hebat seperti Sherry Alhadad, Mira Filzah, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nadya Syahera, Zarina Zainoordin, pengacara Gempak, Isha Norsham dan Siti Khadijah.
The Maid mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.
Bagaimanapun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.
Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.
Siapakah dalang di sebalik kematian Elisa?
Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro GO dan On Demand.