Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

"Sejuk Hati Tengok Izara Aishah Bertudung" - Foto IG Siti Raih Perhatian Netizen

Amri Hassan
02/05/2019 03:52 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menggamit doa dan pujian peminat apabila memuat naik sekeping foto pagi tadi.

Dalam foto berkenaan, menantu-menantu Siti, Izara Aishah dan Tya Arifin masing-masing kelihatan manis dan anggun bertudung litup.

"Alhamdullillah. Semalam yang sangat indah. Terima kasih daun keladi @profmuhaya kerana sudi datang ke teratak kami & berkongsi ilmu," tulis Siti yang mengulang siar foto dari Tya Arifin.

Alhamdullillah.. semalam yang sangat indah .. Terima kasih daun keladi @profmuhaya kerana sudi datang ke teratak kami & berkongsi ilmu.. Semoga Allah SWT yang membalasnya... ❤️❤️❤️. .. .. .. #Repost @tyaarifinnw with @make_repost ・・・ Dari pukul 8pm hingga 1am. Tidak terasa waktu begitu cepat berlalu. Syukur Alhamdulillah bisa menghabiskan waktu bersama Prof Muhaya dan keluarga. Terimakasih Prof Muhaya atas cerita, pengalaman, ilmu nasihat dan semuanya, insyaallah kita berjumpa lagi ❤️ Dan terimakasih juga Prof Muhaya sudah jatuh cinta dengan Jamu Mutyara ?❤️

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Malah, foto yang dirakamkan selepas sesi perkongsian ilmu bersama Prof. Muhaya malam tadi dihujani komen yang mahukan Izara kekal dengan imej bertudung.

"Izara aishah ke tuuu... Cantiknya dia bertudung.. Comellll, moga diberi hidayah utk terus bertudung, tya arifin pun lawaaa banget," tulis salah seorang pengguna.

"Cantik menantu Siti bertudung labuh," sahut pengguna lain pula

Izara turut memuat naik fotonya bersama Prof. Muhaya di ruang Instagramnya.

"She healed me by just listening to her. Prof Muhaya, I can't thank you enough! I love you," tulisnya.

She healed me by just listening to her ♥️ Prof Muhaya, i can’t thank you enough! I love you..

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on


#Tudung #Izara Aishah #Datuk Seri siti Nurhaliza
;