Laman Utama

“Sek Mu Jangan Balik Kampung”- Mat Dan Kecewa Ramai Cuba Balik Raya

gempak
Syafiqah Jalal
19/07/2021
09:33 MYT
Sponsor Banner
“Sek Mu Jangan Balik Kampung”- Mat Dan Kecewa Ramai Cuba Balik Raya
Pengacara dan influencer, Mat Dan kecewa ramai yang cuba melanggar peraturan dan merentas negeri untuk pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha esok.
Mat Dan atau nama sebenarnya Daniel James Tyler meminta supaya semua patuhi SOP dan berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
“Tengok di berita pada hari Jumaat lalu hampir 5,000 kenderaan dirarah patah balik. Kenapa ni semua nak balik kampung?
“Ada yang siap bagi tips cara nak balik kampung dengan menggunakan surat MITI. Kalau ada surat MITI sekalipun jangan lah balik.
“Semua orang nak balik, kita pun nak balik tapi tak boleh balik faham tak?
“Sek mu jangan balik kampung. Duk je diam kt rumah! Anyway, Selamat Hari Raya!!” katanya.
Mat Dan yang popular dengan bahasa loghat Terengganu itu berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia bercakap di hadapan kamera dan dalam masa yang sama kedengaran suara anaknya yang sedang menangis.
Pengacara Mat Dan Kaki Jalan itu sudah pun memeluk Islam dan berkahwin dengan wanita Malaysia serta dikurniakan dua orang cahaya mata.
Pada Jumaat lalu, media melaporkan sebanyak 4,839 kenderaan yang cuba melepasi sekatan jalan raya diarah berpatah balik Jumaat lepas (16 Julai) dan ia merupakan jumlah tertinggi sejak Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan.
Keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan orang ramai merentas negeri khususnya menjelang sambutan Aidiladha Selasa ini bertujuan memastikan kes positif dari kluster komuniti susulan sambutan perayaan dapat dibendung.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live