Hiburan

Sekadar Hiburan Atau Menipu Masyarakat? Ini 5 Prank & Gimik Selebriti Yang Pernah Gemparkan Malaysia!

gempak
Hanafis Haris
24/07/2020
12:43 MYT
Sponsor Banner
Sekadar Hiburan Atau Menipu Masyarakat? Ini 5 Prank & Gimik Selebriti Yang Pernah Gemparkan Malaysia!
Gimik atau prank dalam kalangan selebriti tempatan seakan tidak boleh dipisahkan.
Sama ada ia dihasilkan sekadar suka-suka ataupun untuk tujuan promosi, semuanya bergantung pada selebriti tersebut.
Ada yang suka, namun tidak kurang juga yang menganggap ia sebagai publisiti murahan.
Terbaru, video yang dibuat oleh penyanyi Nubhan Ahamad yang pada awalnya dilihat cuba berkasar terhadap isterinya.
Walaubagaimanapun, menurut Nubhan, video yang memaparkan dirinya memarahi dan menunjal kepala isteri, Dr. Afifah Hidayah Tawfek itu sebenarnya sudah dirancang lebih awal.
Ia merupakan sebahagian daripada perancangannya untuk membuat kejutan kepada isterinya sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
BACA: Tunjal Kepala Isteri, Nubhan Perjelaskan Situasi Sebenar
Selain Nubhan, Gempak senaraikan lima artis yang sebelum ini turut membuat prank atau gimik yang telah menjadi perbualan ‘panas’ netizen.
#1 Prank Hari Jadi Zoey, Shah Gegar
Kes ini berlaku pada 2018 apabila media sosial digemparkan dengan perang mulut antara pelakon Zoey Rahman dan penyampai radio Gegar, Shah Mohammad ketika itu.
Malah, di laman Instagram mereka juga dipenuhi dengan mesej seakan bergaduh dan ada yang menanggap ia sebagai kurang ajar.
BACA: [VIDEO] Zoey Rahman Bergaduh Dengan Penyampai Gegar, Shah? Betul Ke Mereka Gaduh Atau Sekadar Gimik?
Namun, akhirnya Zoey menjelaskan ia hanya video prank semata-mata untuk mengenakan rakan penyampai radio Anna sempena hari lahir wanita itu.
#2 Aksi Parking Ifa Raziah VS Sheeda
Satu rakaman video viral di laman sosial selepas ia dikatakan membabitkan pergaduhan di antara penyanyi dangdut Ifa Raziah dan Sheeda di sebuah ruang parkir.
Dalam klip video berdurasi 43 saat itu, kelihatan Sheeda atau nama sebenar Sayyida Beevi mengekori Ifa dari belakang sebelum beberapa menepuk bahu Ifa mengeluarkan kata-kata seolah tidak berpuas hati.
BACA: "Akak Gurau Je" - Pergaduhan di Tempat Letak Kereta Hanya 'Drama' Sheeda & Ifa Raziah
Namun percaya atau tidak, pergaduhan tersebut hanyalah gimik semata-mata!
Mereka juga tidak menyangka bahawa lakonan mereka itu benar-benar menjadi sehingga tular di media sosial.
#3 Shaarnaz Ahmad & Shuib Bergaduh?
Baru baru ini kecoh di media sosial dimana Shuib Sepahtu dan Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa tidak puas hati.
Isunya bermula apabila salah satu cawangan francais Shuib iaitu Bubble Bee dikelolakan oleh Sharnaaz Ahmad seperti lambat siap.
Video tersebut menjadi tular di media sosial dan ada netizen berkata ini semua adalah gimik dibuat oleh Shuib dan Sharnaaz untuk mempromosikan produk Bubble Bee dan lokasi terbaru mereka.
Shuib walaubagaimanapun menafikan video pergaduhan antara dia dan Sharnaaz sebagai lakonan untuk meraih perhatian netizen.
Menurut Shuib, memang wujud salah faham antara dia dan pelakon yang terkenal dengan karakter antagonis itu membabitkan urusan perniagaan.
#4 Nabila Razali & Aedy Ashraf Bercinta?
Pada awal November 2017, khabar angin mula tercetus apabila Nabila Razali memuat naik gambar mesra bersama pelakon, Aedy Ashraf dengan kapsyen romantis tanpa sebarang penjelasan lanjut.
Ramai peminat mendakwa mereka mempunyai hubungan istimewa.
BACA: Lah....Hubungan Cinta Aedy Ashraf, Nabila Razali Gimik Rupanya!
Namun, Nabila kemudian menjelaskan bahawa kisah tular percintaannya dengan Aedy sebenarnya hanya gimik muzik video lagu terbaharunya, Pematah Hati.
Nabila memberitahu setiap status yang dimuat naik di Instagramnya termasuk video dirinya menangis dua minggu lalu juga sekadar lakonan semata-mata.
#5 Haqiem Rusli Depresi
Penyanyi muda berbakat besar, Haqiem Rusli mengumumkan bakal 'berehat' daripada media sosial dan berkemungkinan akan mengadakan persembahan terakhirnya pada 24 Jun 2018.
Haqiem turut mendedahkan, dia mengalami depresi sejak awal tahun dan pelbagai masalah sampingan lain hingga menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berehat seketika.
Walaubagaimanapun isu berkenaan mencetuskan kemarahan ramai apabila Haqiem didakwa menggunakan isu depresi untuk gimik pelancaran single terbaru.
Malah, rakannya Ernie Zakri turut mendedahkan Haqiem tidak pernah mengalami masalah depresi (kemurungan) hingga mahu berhenti menyanyi.
BACA: "Saya Seperti Orang Bodoh!" - Ernie Zakri Dedah Gimik Depresi Haqiem Rusli Sudah Lama Dirancang
Sebaliknya, pengumuman Haqiem mengenai masalah psikososial itu hanyalah sekadar gimik yang sudah lama dirancang.
"Macam ni lah semua ya. Ada yang berkata beliau tidak tahu menahu gimik depresi dan release single sudah dirancang lama. Lama dah.
"Siap ada tarikh untuk pengumuman. Kebetulan tarikhnya itu sebelah-sebelah dengan pelancaran lagunya,” katanya.
Melihat kepada lima-lima kes di atas, ia sebenarnya terpulang kepada penerimaan individu itu sendiri.
Ada kalanya ia dibuat untuk mempromosiklan sesuatu produk, namun tidak kurang juga yang melakukannya untuk hiburan semata-mata.
Selagi ia tidak keterlaluan, mungkin orang ramai masih boleh menerimanya.
Tepuk dada tanya selera!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024