“Sekali Keluar Besar & Bernanah, Bengkak Berbulan” – Pernah Alami Masalah Kulit Teruk, Fairuz Selamat Kongsi Tips Hilangkan Jerawat

Mya Amri
Mei 21, 2019 07:34 MYT
Bekas anggota kumpulan Q-Face, Fairuz Selamat akui pernah mengalami masalah muka berjerawat yang teruk.
Fairuz berkongsi kisahnya menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.
Menurut Fairuz, dia sudah mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan jerawat termasuklah berpantang makan makanan laut selama bertahun-tahun.
“Hari ni aku terpanggil untuk kongsikan kisah kulit aku. Masalah jerawat ni memang ada sejak sekolah menengah lagi. Dari yang kecil hingga besar.
“Cakap lah petua apa yang aku tak cuba. Orang cakap pantang makan itu ini, bertahun aku tak makan seafood, jaga muka macam orang gila. Tapi tetap jugak jerawat keluar.
“Masalah aku jerawat bukan yang kecil. Sekali keluar memang besar dan bernanah-nanah dan jerawat tu macam berada di bawah kulit. Kadang-kadang mata dia takde, jadi dia akan bengkak berbulan-bulan.
“Awal tahun haritu dia naik teruk balik. Gambar belah kiri tu adalah pada 2 Februari 2019. Dan belah kanan adalah pada 14 Mei 2019. Dalam tiga bulan punya perubahan. Ramai yang tanya apa aku buat,” tulisnya.
Menerusi perkongsiannya itu juga Fairuz berkongsi beberapa tips yang digunakan olehnya untuk memulihkan masalah jerawat.
“No ini bukan paid review. Ni perkongsian ikhlas. Apa yang aku buat adalah pergi dapatkan rawatan pakar. Ramai orang cakap pasal petua elak jerawat.
“Tapi jujur saya cakap, tak semua paham masalah jerawat yang serious mcm ni. Tak semua tahu bagaimana seksanya nak menjaga itu dan ini tapi ia masih tak hilang.
“Dan! Tak semua jerawat sama ya! Petua dari saya sendiri, pakar jerawat. Ahahahah. Kalau anda betul-betul ada jerawat serious, pasti kan tidur mencukupi. Kalau tak cukup rehat, jerawat memang senang tumbuh.
“Dan, elakkan/kurangkan makanan ini. Makanan bersusu. Teh ais. Teh tarik. Coklat. Roti. Sebab ia mengandungi yis. Snek dan makanan ringan. Makanan bergoreng,
“Seterusnya, jumpalah pakar. Macam saya, saya pergi ke Klinik Ting Jalan Imbi. Perubahan saya lepas sebulan dah sangat baik. Dan saya akan teruskan sehingga dr tu cakap 98% masalah jerawat saya boleh dihentikan secara total.
“Saya bukan pakar kulit. Jauh sekali saya faham istilah perubatan berkenaan kulit ni. Tp saya percaya pengalaman membantu. Berbelas tahun saya hadap msalah ni, saya mngkin boleh beri sedikit pandangan yang mungkin boleh diguna pakai.
“Kulit saya masih kekal tidak cantik. Berlubang-lubang dan bak kata kawan saya kalau semut lalu pun boleh terjatuh.
“Tapi saya dah sangat bersyukur atleast masalah jerawat dah selesai. Cuma mungkin lepas ni kalau nak buat rawatan parut, tu saya pertimbangkan,” kongsinya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya berterima kasih kepada Fairuz mengenai tips yang diberikan.
“Thanks bang share info. Makanan yang bertanda tu pun saya dah kurangkan sentuh. Sekali sentuh, peta dunia muncul kat muka,” tulis @___sitiaishah
Selain itu, mereka juga turut memuji wajah Fairuz yang kini semakin pulih selepas menerima rawatan.
Foto: Instagram @fairuzselamat
#Penyanyi #Penyanyi #Fairuz Selamat