HIBURAN
"Sekali Keluar Vokal High Pitch Mommy" - Rebecca Nur Al Islam Salah Sangka, Jerit Pembantu Kerana...
Macam-macam yang berlaku bila berada di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung. Maklumlah, semuanya berkumpul di rumah sahaja.
Itu yang berlaku kepada Datin Rebecca Nur Al Islam atau panggilan manjanya Mummy Becca. Mungkin kerana dia keluarga terlupa dengan hari lahirnya.
"Haha garang kan mummy. Dengar tak suara mummy tu? Ceritanya macam ni, mummy tahu setiap tahun bila birthday, En Suami memang akan Usaha untuk buat surprise.
"Tapi mummy pulak rasa kali ini punya birthday disebab kan Puasa, ingat kan selepas berBuka kejutannya,tapi sebaliknya tidak," tulis Rebecca.


Tambah Becca, suara yang didengar dalam video tersebut adalah suaranya menyuruh pembantu membawa naik anaknya kerana suami memintanya segera keluar kerana mahu ke pejabat.
"Mummy ni pun cepat Kelam Kabut la, tak pikir apa-apa Sebab En Suami kata dah Sampai depan rumah Sebab dia Dari office. Tapi Anak mummy birthday boy sorang ni Aliff ni plak asyik nak ikut mummy, lepas tu sebut nak ikut papa so mummy tak nak bawak.
"Suruh bibik bawak dia naik main kat atas, si bibik pulak berlakon blur panggil Kak Aishah. orang suruh bawak naik, dianya berdiri je kat situ buat tak dengar. Yang si Aliff pulak dah nangis Sebut Papa," cerita Becca lagi.

Tambah Becca lagi, rupa-rupanya anaknya sudah mengetahui ayahnya berada di dalam rumah sambil memegang belon sebagai kejutan.
"Memang Kelakar. Sia-sia bibik kena marah. Maaf kan mummy ya bibik. Haaaa, siapa cakap mummy tak garang? Garang giler ok!
"Tapi garang bertempat tau. Dah bibik tiba-tiba buat pekak dan buat dekkkk je. Hahaha. Terima kasih semua anak-anak ku, En Suami dan pembantu-pembantu semua. uolsss semua berjaya," tulis Becca gembira dengan kejutan yang dibuat untuknya.
Datin Rebecca Nur Al-Islam berkahwin dengan Datuk Nur Azam Datuk Sulaiman dan mempunyai tujuh orang cahaya mata, dengan enam orang pembantu.

Must-Watch Video