Sekali Lafaz, Issey Sah Menjadi Suami Noor Aimi

Zulaikha Yusof
Disember 22, 2019 02:36 MYT
Penyampai radio dan pelawak Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 32, sah menjadi suami kepada Noor Aimi binti Mohamed Jamel, 32, dengan sekali lafaz sebentar tadi.
Majlis akad nikah tersebut diadakan di Calamaya Garden, Kota Bahru, Kelantan.
Issey dan Aimi dinikahkan oleh Timbalan Imam Masjid Mukim Pauh Panji, Ustaz Tengku Mahmud bin Tengku Haji Ibrahim dengan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskah Al-Quran.
Majlis tersebut telah disaksikan kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman-teman rapat.
Terdahulu, Issey pernah berkahwin dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015 sebelum bercerai pada 21 Ogos 2016. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Selain itu, Aimi merupakan seorang janda yang mempunyai tiga orang cahaya mata.
BACA: "Dulu Arwah Banyak Kali Suruh Saya Kahwin .." - Issey
#Kahwin #Kahwin #Issey #Noor Aimi