Sekali Lafaz, Tasha Manshahar Sah Bergelar Isteri Raqib Majid

Zulaikha Yusof
September 8, 2018 03:01 MYT
Penyanyi dan penyampai radio Zayan, Fahrur Raqib Abdul Majid atau dikenali dengan nama Raqib Majid, 28, selamat bergelar suami kepada penyanyi Tasha Manshahar, 26, pada jam 9.50 pagi tadi.
Dengan hanya sekali lafaz, majlis pernikahan Raqib dan Tasha berlangsung di Masjid Jamek, Kajang itu diadakan secara sederhana dan tertutup.
Raqib dan Tasha telah dinikahkan oleh bapa Tasha sendiri, iaitu Mohd Manshahar dengan mas kahwin RM300 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Raqib turut menyerahkan sebentuk cincin dan seutas gelang kepada Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Manshahar.
Pihak pengantin lelaki memberikan lima dulang hantaran kepada pihak perempuan manakala pihak perempuan pula membalas dengan tujuh dulang hantaran.
BACA: "Bukan Mahu Berahsia, Tapi..."- Raqib Bakal Nikah Tasha Manshahar 8 September Ini
Majlis resepsi pihak perempuan bakal diadakan di Royale Palace Shah Alam pada Ahad ini, manakala majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung pada 22 September ini di The Mudzaffar Hotel, Melaka.
Raqib dan Tasha telah mengikat tali pertunangan pada 24 Disember tahun lalu setelah kira-kira dua tahun berkenalan.
#Penyanyi #Tasha Manshahar #. #Penyanyi #Raqib