,
Laman Utama

Sekali Lagi Cipta Sejarah! Michelle Yeoh Bawa Pulang Trofi SAG - “Ini Untuk Setiap Gadis Kecil…”

Asyikin Mayudin
27/02/2023
03:45 MYT
Selepas menang trofi Golden Globe Awards, pelakon Tan Sri Michelle Yeoh sekali mencipta sejarah apabila merangkul trofi Female Actor In A Leading Role di Screen Actors Guild Awards (SAG).
Pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu mencipta sejarah sebagai wanita Asia pertama memenangi anugerah lakonan filem terkemuka di SAG.
“Saya rasa jika saya bercakap hati saya akan meletup. SAG- AFTRA, untuk mendapatkan ini daripada anda yang memahami apa itu untuk sampai ke sini, anda semua tahu perjalanan, seperti menaiki roller-coaster, naik dan turun.
“Tetapi yang paling penting kita tidak pernah berputus asa. Saya berterima kasih. Ini bukan hanya untuk saya, ini untuk setiap gadis kecil yang kelihatan seperti saya,” kata Yeoh yang sebak.
Anugerah SAG telah lama dianggap sebagai salah satu ramalan yang paling boleh dipercayai untuk Oscar.
Lakonan Michelle Yeoh dalam filem indie Everything Everywhere All At Once telah mengumpulkan banyak anugerah dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Manakala pelakon gandingannya, Jamie Lee Curtis dan Ke Huy Quan juga membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Terdahulu, Michelle Yeoh merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem Muzikal atau Komedi untuk filem Everything Everywhere All at Once arahan sutradara, Daniel Kwan dan Daniel Scheinert.
Kemenangan tersebut sekali gus menyaksikan Michelle atau nama sebenarnya, Michelle Yeoh Choo Kheng menewaskan aktres hebat Hollywood lain seperti Lesley Manville, Margot Robbie, Anya Taylor-Joy dan Emma Thompson.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh Lakar Sejarah Sampaikan Pingat Kepada Pemenang 3m Papan Anjal

gempak
10/08/2024
00:45 MYT
Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah peribadi apabila buat pertama kali diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat Olimpik Paris 2024 kepada pemenang acara terjun 3 meter (m) papan anjal.
Sukan

Dipuji Michelle Yeoh, Zii Jia & Aaron Chia-Soh Wooi Yik Dijanjikan SUV Oleh Chery Malaysia

gempak
06/08/2024
01:48 MYT
Kejayaan yang dilakar dari kem badminton negara pada Olimpik Paris 2024 terus mendapat perhatian.
Hiburan

Michelle Yeoh Seru Sokongan Buat Pasukan Olimpik Pelarian, Sempat Singgah Penginapan Atlet Malaysia

gempak
27/07/2024
05:55 MYT
Menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 yang membuka tirai secara rasmi pada awal pagi Sabtu waktu Malaysia, bintang filem antarabangsa, Tan Sri Michelle Yeoh menitipkan kata-kata semangat buat Pasukan Olimpik Pelarian yang bakal beraksi pada temasya tersebut.
Hiburan

#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian

gempak
07/05/2024
13:55 MYT
Uniknya busana Michelle Yeoh.
Hiburan

Tahun Lalu Menang Anugerah, Michelle Yeoh Kembali Ke Golden Globe Jadi Penyampai

gempak
05/01/2024
12:55 MYT
Tan Sri Michelle Yeoh kembali ke majlis berprestij yang pernah menjulang namanya sebagai pelakon Malaysia pertama meraih trofi di Golden Globe pada tahun lalu dengan menjadi penyampi pada penganjuran kali ini
BorakSeeni