Laman Utama
Sekali Lagi Mawar Rashid Berdepan Serangan Panik Di Atas Pentas - “Kemudian Terus Balik, Sebab Saya…”
Pelakon Mawar Rashid sekali lagi berdepan situasi cemas apabila dia mengalami serangan panik secara tiba-tiba ketika berada di pentas acara Absolute Bazaar baru-baru ini.
Mawar menerusi perkongsian di Instastory miliknya berkata dia terpaksa pulang terus ke rumah disebabkan tidak dapat mengawal emosinya.
“Baru sampai booth, terus naik stage, kena panic attack lagi. Kemudian terus balik, sebab saya tak boleh nak kawal… nak berehat,” kata Mawar.
Advertisement
Pada perkongsian yang sama, Mawar juga memohon agar semua orang mendoakan agar dirinya kembali sihat seperti biasa.
“Doakan Mawar kembali sihat seperti sedia-kala,” ujarnya.
Sebelum ini, tular di TikTok sebuah video memperlihatkan Mawar Rashid yang secara tiba-tiba mengalami serangan panik ketika berucap di atas pentas.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @f8buzz, Mawar pada mulanya ingin bercakap mengenai produknya namun berdepan serangan panik sehingga mengalir air mata.
Mawar pernah mendedahkan dia berdepan dengan masalah 'anxiety' dan serangan panik yang teruk sejak tahun lalu.
Mawar berkata, disebabkan perkara itu dia bercadang berjumpa pakar psikiatri untuk mengenal pasti masalah kesihatan yang dihadapi.
Must-Watch Video