Hanya memesan dua ekor ikan dan beberapa menu lain, isteri kepada penyanyi Mawi iaitu Ekin Rahmat terkejut apabila menerima resit harga yang dikenakan sebuah kedai makan di Johor Bahru.

Ekin yang pertama kali datang ke kedai itu turut bertanyakan kepada pengikutnya adakah harga yang dikenakan iaitu RM1,260 masuk akal atau tidak.

"Siapa orang Johor Bahru kat sini, nak tanya sikit la kat Medan Selera Tepian Tebrau ni memang harga dia macam ini ke? Korang penah kene tak?

“Ni gerai No **, paling best resit dia baca 100 kali pun tak faham macam tulisan doktor," tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Ekin turut memuat naik video kedai berkenaan dan gambar resit yang memaparkan harga berjumlah RM1,260.

Menerusi hantaran terbaharu di Instastory, Ekin menjelaskan dia tiada niat untuk menjatuhkan perniagaan kedai terbabit seebaliknya hanya mahu mendapatkan respons netizen.

Dalam pada masa sama, Ekin juga berharap, para peniaga makanan di luar sana agar bersifat lebih tulus dalam perniagaan yang diusahakan.

"Saya tiada niat nak post video kedai makan ini untuk menjatuhkan perniagaan orang. Cuma nak minta pendapat korang pernah ke makan dekat sini dengan harga sebegitu?

"Tapi rata-rata semua yang komen dah terkena, jadi apa perlu kita buat untuk memperbetulkan keadaan? Supaya peniaga-peniaga ini semua jujur dan tulus supaya orang lain tidak terkena benda sama.

"Saya orang Johor Bahru dan selalu balik Johor Bahru, akan cari makanan yang teringin, selalu makan kedai JDT sebelah tapi hari tu ikan dah habis, kedai itu memang berpatutan dan sedap.

"Bukan semua kedai dekat situ cekik darah ya. Kedai ini pertama kali kami datang sebab tiada pilihan dan ini yang terjadi,” katanya.

BACA SINI: Usia Perkahwinan Cecah 15 Tahun, Mawi Kongsi Tips Keharmonian Dalam Rumah Tangga - “Suami...