"Sekali Tengok Ingat Shukri Yahaya Tapi Pelik .."- Netizen Keliru Apabila Lihat Foto Suami Ameera Zaini

Zulaikha Yusof
Disember 30, 2018 18:01 MYT
Foto suami kepada personaliti televisyen Ameera Zaini, Hasnor Rozaini telah mencuri perhatian serta mengelirukan netizen.
Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram Ameera berserta kapsyen buat tatapan pengikutnya.
Menerusi foto yang dimuat naik, kelihatan mereka berdua dan putera sulungnya, Mateen meluangkan masa bersama di sebuah hotel terkemuka.
"Spending the last weekend of 2018 with my boyfriends.
"Hoping for a better year, may Allah always protect our family. Amin," tulis Ameera.
Bagaimanapun, ada peminat yang menyangka Hasnor adalah pelakon Shukri Yahaya kerana muka mereka seakan sama.
Ameera dan Hasnor telah mendirikan rumah tangga pada 18 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mateen yang bakal menginjak usia dua tahun Januari ini.
#Shukri Yahaya #Ameera Zaini