"Sekali Terluka, Selamanya Akan Ingat" - Peminat Spekulasi Hubungan Emma, Kamal Adli Retak?

Amri Hassan
Oktober 13, 2017 07:22 MYT
Selepas bertebar kisah kononnya muncul orang ketiga dalam hubungan pasangan pelakon Emma Maembong dan Kamal Adli, peminat semakin rancak membuat pelbagai spekulasi.
Emma atau nama sebenarnya Che Fatimah Rohani Embong, 25, juga kerap kali mengemaskini foto berserta pelbagai kapsyen meragukan di media sosial Instagram.
Terbaharu, Emma seolah-olah meluahkan isi hati tentang situasi yang melanda hubungannya dengan Kamal Adli yang sudah bersama sejak tiga tahun lalu.
"Sekali apabila seseorang sudah benar-benar menyakiti hati kamu, ia akan selamanya berbekas dalam fikiran walaupun masih terukir senyuman di wajah," tulisnya dalam kapsyen asal bahasa Inggeris.
Kapsyen tersebut telah membuka ruang untuk peminat pasangan pelakon itu membuat pelbagai andaian dan spekulasi.
Malah, ada yang menasihatkan Emma untuk tidak tergopoh-gapah mengambil keputusan dengan mendengar daripada pihak ketiga.
"Caption ini ada kaitan dengan berita Emma, Kamal dan Zahirah ke?" tanya @shamimiyusof_nsa.
"Betul ke gosip tu? Harap Emma ada bukti dan lihat sendiri, bukan sekadar cakap-cakap orang. Kalau betul, harap Emma tabah," kata @asmawatimahmood.
"Fitnah ada dimana-mana, tolong tenangkan diri dan berfikir secara rasional," tulis @laily_mustapha.
"Ini semua dugaan. Ingat bagaimana awak menerima dia dan menjadikannya sebagai kekasih," kata @qasehhanna_.
"Dont worry be happy Kak Emma! There's not only fish in the sea, there are plenty of them. You can move on and find someone better," pujuk @ninerz96.
Dalam perkembangan lain, Emma bakal hadir ke sesi Meet & Greet Awak Suka Saya Tak di MPH Nu Sentral, Kuala Lumpur esok (14 Oktober 2017).
Emma dan Alvin Chong selaku pelakon utama drama itu akan berada di lokasi tersebut pada pukul 8 hingga 10 malam.
Selain sesi beramah mesra, anda juga berpeluang berswafoto bersama Emma dan Alvin.
Minggu Akhir Drama Awak Suka Saya Tak?, setiap Isnin - Khamis, jam 10 malam di Astro Ria 104 & Ria HD 123.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @emma_maembongofficial
#Emma Maembong #Kamal Adli #Emma Maembong #Kamal Adli #Awak Suka Saya Tak