Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Sekarang Ini Saya Semakin Baik ..." - Daler Yusuf Kembali Selepas Pemergian Ayah & Nenek

Zulaikha Yusof 24/09/2020 | 02:39 MYT
Pelakon Daler Yusuf kembali aktif di Instagram (IG) selepas mendiamkan diri selama 20 hari akibat kehilangan dua insan yang penting.
Menurut Daler, 28, keadaan dirinya makin baik selepas diduga dengan pemergian neneknya, Muhammadiyeva Shodi dan ayahnya, Dusmat Hamroyev akibat pandemik Covid-19.
"Assalamualaikum semua..akhirnya saya kembali selepas berehat panjang kerana kehilangan ahli keluarga.
"Alhamdulillah, sekarang ini saya semakin baik. Kali ni Daler nak buat promosi my honey cake," tulisnya.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya.
Pada awal Ogos lalu, pelakon drama Tuan Anas Mikael memaklumkan berita pemergian nenek tersayang selepas berada dalam keadaan kritikal.
Lebih mendukacitakan, ayahnya pulak meninggal dunia pada awal September disebabkan wabak itu.
BACA: “Saya Mungkin Tak Tahu Apa Rasanya Kasih Ibu, Tapi Dia Berikan Segalanya” – Nenek Daler Yusuf Meninggal Dunia
BACA: "Tahun Paling Sukar Buat Saya" - Ayah Daler Yusuf Meninggal Dunia Kerana Covid-19
#Daler Yusuf #Nenek #Ayah Meninggal #COVID-19
;