Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Sekarang Satu Malaysia Tahu Dia Bodoh” - Netizen Hentam Tak Cakna Isu Semasa, AG Coco Mohon Maaf

Izwan Isa
15/09/2021 04:25 MYT

Umum mengetahui bahawa kerajaan telah memberikan kelonggoran bagi penduduk Lembah Klang untuk bergerak merentas daerah pada minggu lalu.

Selepas pengumuman tersebut dibuat, kebanyakan individu dilihat keluar bersiar-siar di taman rekreasi selain mengambil kesempatan berkelah di tempat terbuka seperti sungai dan air terjun.

Selain itu, kebenaran gelembung pelancongan ke Pulau Langkawi juga telah diumumkan dan ramai yang mengambil peluang untuk berehat dan bercuti di pulau peranginan tersebut.



Hal berkenaan mendapat perhatian produser muzik popular AG Coco. Menerusi akaun Twitter, AG atau nama sebenarnya, Mohd Hezry Mohd Hafidz menulis: “Nampak macam ramai betul yang rindu sungai dengan laut daripada ibu bapa sendiri.

“Bukan apa, kalau pergi tengok ramai sangat berkelah tu, elak sahajalah. Takut ibu bapa pula yang datang tengok kita nanti,” tulisnya.

Ciapan tersebut menerima kecaman yang agak hebat daripada netizen. Pemilik akaun @shasharyzal berkata, ramai yang akan pulang untuk menjenguk ibu bapa jika kebenaran rentas negeri diberikan oleh pihak kerajaan.

“Kalau boleh rentas negeri, ramai je balik jenguk mak bapak, habis nak buat macam mana, sungai je yang dekat untuk release stress. Dah tu takkan nak pergi berperang kat balai polis gaduh nak rentas pulak,” tulisnya.

Selain itu, ramai antara pengguna laman sosial yang menyifatkan tindakan AG menulis status tersebut sebagai satu hal yang bodoh.

“Kalau dia tak tweet benda gitu, takda orang tahu dia bodoh. Sekarang satu Malaysia tahu dia bodoh,” tulis pengguna media sosial berkenaan.

AG menerusi rajutan di Twitter akhirnya memberi respons terhadap kritikan yang diterima.



“Sebenarnya, point aku, berkelah ramai-ramai ni kalau jadi punca kes naik balik, kita kena ulang lagi lockdown, jadi lagi lama tak dapat jumpa ibu bapa. Ibu bapa aku pun kat Kedah dah lama tak jumpa, tak dapat raya macam dulu, aku pun look forward nak balik tapi still tak boleh.

“Maaf atas kekhilafan aku yang telah mengundang kemarahan semua orang dengan cara ciapan aku, aku hanya nak sebarkan kesedaran supaya kita semua lebih berhati-hati and again I am truly sorry for what I said,” tulisnya.

#AG Coco #Pantai #SOP #Rentas Negeri #Air Terjun
;