“Sekarang Saya Risau Jika Leona Jenis Yang Bodoh Setiap Hari” - Azhar Sulaiman Luah Perasaan, Sedih Anak Selalu Bikin Kontroversi
Mya Amri
05/06/2023 06:00 MYT
05/06/2023 06:00 MYT
Pelakon, Azhar Sulaiman meluahkan rasa bimbang terhadap kelakuan anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang sering menjadi perhatian netizen.
Azhar menerusi hantaran terbaharu di akaun Facebook miliknya tertanya-tanya sama ada adakah anaknya itu bakal mengikut jejak langkah usahwan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri kerana sering terlibat dengan kontroversi.
“Ada orang… Ada hari bodoh dia… Sekarang saya risau jika anak saya, Leona ni jenis yang bodoh setiap hari.
“Dia nak jadi macam Alif Syukri ke… Tak berhenti henti buat kontroversi,” tulisnya.
Luahan hati Azhar itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata meminta aktor itu bersabar dengan perangai Leona.
Kata mereka, Leona sedang melalui fasa membesar dan hanya ingin merasai keseronokan di usia muda.
“Ujian kita sebagai ibu bapa. Sebenarnya ramai lagi ibu bapa yang diuji begini. Cuma mami ni orang yang terkenal, jadi tumpuan netizen lagi lebih dari orang yang mereka tidak kenal. Doa banyak-banyak ye mami. Moga Allah angkat doa kita sebagai ibu bapa,” komen seorang netizen.
“Ala, jangan risau lah, sama sahaja lah macam kita dulu-dulu. All the hanky panky we do when we were young. Insya-Allah sampai masanya nanti dia juga akan berubah. Pengalaman akan mengajar erti hidup yang sebenar. Kita ni sekadar menasihati sajalah yang mampu. Keep on beri nasihat. Cakap baik-baik, jangan marah-marah sebab kalau marah kita je yang sakit hati nanti. Let her enjoy life tapi at the same time keep on reminding her je,” cadang seorang netizen.
BACA: Azhar Sulaiman Tak Sempat Tengok Video ‘Bikini Putih’ Kasih Iris Leona - “Saya Berasa Bersyukur Sangat…”
Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram Stories (IG Story) , Leona memuat naik beberapa gambar dan video menyaksikan dia dan rakan-rakannya sedang bercuti di Warleigh Weir, United Kingdom.