Viral
"Sekarang Susah Nak Dapat Kerja" - Tak Pilih Kerjaya, Gadis Berusia 20 Tahun Ini Seronok Jadi Penghantar Makanan
Penghantar makanan wanita di Malaysia agak jarang kelihatan tetapi hakikatnya ada. Wanita kini mampu untuk melakukan segala kerja asalkan mendatangkan rezeki yang halal.
Farah Nur Syifa, 20, memilih untuk bekerja sebagai seorang penghantar makanan (Foodpanda) sejak habis praktikal.
Lebih mesra dipanggil Fafa, pada awalnya pekerjaan ini sekadar sambilan tetapi memandangkan waktu sekarang susah untuk mendapatkan pekerjaan dia membuat keputusan untuk melakukan sepenuh masa.
"Saya kerja dengan Foodpanda sejak awal tahun lagi. Saya daftar tahun lepas masa tengah belajar dulu tapi baru dapat masuk awal tahun.
"Awal tahun pulak saya praktikal, jadi saya buat sambilan lepas dah habis kerja. Selepas praktikal, saya terus buat sepenuh masa sebab sekarang ini susah nak dapat kerja.
"Saya suka kerja ni, boleh dikira macam hobi juga la. Kadang kadang tu ada perasaan takut juga terutama waktu malam, saya pulak perempuan.
"Alhamdulillah sepanjang bekerja ni tak ada lagi perkara yang tidak diingini berlaku. Minta dijauhkan," katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) jurusan Terapi Kecantikan ini berkata dia gembira dapat bertemu dengan berbagai bangsa dan umur pelanggan yang rata-ratanya memberi layanan yang baik.
"Pengalaman yang menyeronokkan, pelanggan tak kira bangsa dan umur. Mereka 'sporting', ada yang bagi duit raya dekat saya.
"Paling seronok apabila pelanggan faham masa kita lambat hantar sebab kedai makan tengah ramai orang.
"Alhamdulillah, masa puasa haritu ada pelanggan sedekahkan air untuk saya berbuka. Masa tu tinggal dua minit lagi nak berbuka. Rasa dihargai sebagai 'rider' dan barisan hadapan (frontliner)," kata Fafa.
Dalam pada itu, mempunyai wajah yang cantik membuatkan Fafa tidak terlepas daripada diganggu oleh kaum Adam.
"Kadang-kadang tu ada ja tapi saya tak layan. Kalau nombor tak kenal, saya akan layan jika dia pelanggan perniagaan saya.
"Bukan hanya satu kerja saya buat, ada beberapa lagi yang saya sertai sebagai ejen. Saya juga tolong ibu jual laksa mee pangkor, setiap hari saya akan hantar di sekitar Ipoh," katanya menutup perbualan.
Post dekat sini sebab twitter tak akan rosakkan kualiti gambar ??? pic.twitter.com/OTMebtdZPw— fafa ? (@weslysky) June 1, 2020
Must-Watch Video