Tidak sampai beberapa jam viral di media sosial, nasib seorang kanak-kanak yang tinggal di atas jejantas akhirnya terbela.

Semuanya gara-gara posting seorang individu dikenali sebagai Amin Mean yang memuat naik gambar kanak-kanak itu bersama ayahnya.

Posting berkenaan telah dikongsi sebanyak 1,000 kali.


Rentetan daripada posting berkenaan, orang ramai kemudian memainkan peranan dan akhirnya perkara tersebut telah sampai ke pengetahuan Ustaz Ebit Lew.

Bantuan itu turut dikongsi Ebit menerusi satu posting di Facebooknya malam tadi.

"Malam tadi baru nak baring lepas live tadi tengok ramai tag saya di Facebook Amin Mean jumpa adik ni tidur dekat jambatan patron selayang tiada rumah dah 4 hari.

"Saya terus gerak kesana dah 11.30 malam dan lalu 'roadblock' dekat situ. Ketua polis daerah tanya ustaz kemana ni. Saya minta bantuan mereka, baik sangat semua ikut saya membantu. Sebak rasa.

"Sampai atas menangis tengok adik comel ni dah tidur. Sejuknya lah ya Allah, alas kotak jer.

"Macam anak saya kecil. Dah lena dekat rumah. Adik ni atas jambatan susahnya, meronta hati melihat. Terus ajak anak ini dan ibunya bawa balik rumah," katanya.

Menurutnya, dengan bantuan polis dia telah pun bawa mereka pulang ke rumah.

"Ya Allah, apalah ujian mu anak kecil. Siapa ada rumah untuk disewa sekitar Kuala Lumpur atau area gombak ni yang tak mahal boleh mesej saya yer.

"Sejuk hati tengok adik ni tadi baru sekejap tidur alas kotak dan ada ubat nyamuk. Sekarang dah tak ada nyamuk, tidur lena yer adik comel bilik selesa aircond tandas semua selesa. Allah sayang," katanya.

Anda boleh lihat posting di bawah.