Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sekat Akses TV, Media Sosial Anak Anak, Kim K: “Mereka Akan Berterima Kasih…”

Maliah Surip
27/12/2022 13:50 MYT
Adalah sesuatu yang bertentangan dengan gaya hidupnya apabila Kim Kardashian mengaku menyekat banyak informasi sama ada dari televsiyen dan media sosial dari pengetahuan anak anaknya.

Hal iti kerana Kim K sendiri ‘lahir’ dari ledakan sensasi program realiti televisyen seterusnya menjadi salah satu individu paling berpengaruh di media sosial.

Namun demi memastikan mental dan emosi anak anaknya stabil, apa lagi daripada melihat bagaimana mantan suaminya, Kanye West atau Ye menggunakan platform tersebut dengan penuh ‘kemarahan dan kebencian’ selebriti tersebut mengatakan dia terpaksa menyekat akses North, Saint, Chicago dan Psalm.

Malah dia yakin sehingga kini, anak anaknya tidak mengetahui apa yang terjadi antara dirinya dengan Ye atau laporan media yang bersifat negatif.

“Jika mereka tidak sedar apa yang terjadi di dunia, mengapa perlu saya beritahu?

“Anak anak melalui zaman yang cukup berat untuk membesar sekarang dan saya rasa mereka tidak bersedia melaluinya.

“Saya ‘tutup mata’ mereka dari kisah bapanya. Satu hari mereka akan berterima kasih kepada saya kerana tindakan ini dan tidak memburukkan bapa mereka, sebaliknya menyembunyikannya,” ujar Kim seperti dilaporkan CNN.

Petikan kenyataan tersebut diambil dari sedutan temubual Kim K menerusi podcast bersama Angie Martinez.

Menerusi temubual sama, Kim K juga mengaku melalui detik sukar apabila terpaksa membesarkan empat anak bersama Ye selepas mereka bercerai.

“Membesarkan anak secara terpisah sebagai ibu dan bapa adalah sukar. Sangat sukar,” akuinya yang telah secara rasmi bercerai dengan Ye bulan lalu.

Malah dia juga sebak saat mengenang bagaimana kehidupannya dibesarkan oleh seorang bapa yang cukup hebat. Namun sosok tersebut, Robert Kardashian meninggal dunia pada 2003.

“Saya memiliki ayah terbaik dan mempunyai banyak memori indah sepanhang membesar. Itu yang saya mahu untuk anak anak saya. Dan kerana itu saya melakukan semua ini (menyekat akses),” katanya lagi.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Kim Kardashian #Kim K #Anak Kim K