Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Sekatan Perjalanan Keluar Masuk Sabah Mulai 12 Oktober, Hanya 8 Kategori Ini Dikecualikan

Syafiqah Jalal
06/10/2020 22:24 MYT
Peningkatan kes Covid 19 yang semakin naik dengan 691 kes dilaporkan semalam memaksa kerajaan membuat keputusan mengenakan sekatan perjalanan dari Sabah dan ke Sabah melibatkan Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

CATAT INI; Sekatan tersebut akan bermula dari 12 Oktober sehingga 25 Oktober 2020.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu kenyataan media pada Selasa berkata keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira peningkatan kes COVID-19 di seluruh Sabah.

Bagaimanapun, katanya, terdapat pengecualian khas diberikan kepada kes-kes tertentu yang melibatkan kes kecemasan, kematian, perkhidmatan perlu dan lain-lain yang perlu mendapat kebenaran dari Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mereka yang telah mendapat kebenaran juga perlu menjalani ujian saringan COVID-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing,” katanya.

Bagi pergerakan masuk ke Sabah, kebenaran diberikan kepada kategori seperti berikut:

1# Rakyat Sabah yang memegang MyKad kod H.

2# Pasangan kepada rakyat Sabah yang memiliki pas imigresen Malaysia yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, Negeri Sabah, atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak.

#3 Pekerja bidang perkhidmatan perlu (essential service) yang mempunyai pas Imigresen Malaysia yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, negeri Sabah.

#4 Pelajar bukan rakyat Sabah yang mempunyai kad/pas pelajar daripada Jabatan Imigresen Malaysia, negeri Sabah.

#5 Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Sabah perlu mendapatkan cop seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 di pejabat Imigresen Sabah setelah masuk ke Negeri Sabah

#6 Pemastautin tetap Sabah yang memiliki MyPR kod H atau Kad Permit Masuk atau endosmen permit masuk dalam passport.

#7 Mereka hendaklah membuat permohonan kepada Jabatan Ketua Menteri melalui Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan untuk pertimbangan.

#8 Mereka juga akan menjalani ujian saringan COVID-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing.


Sebarang pertanyaan lain boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Bencana Negeri Sabah di talian 088-369434.

Kredit Foto: www.mountkinabalu.com
#COVID-19 #Perjalanan #Sekatan Sabah
;