Sekejap Sahaja Menikmati Fasa Hamil, Aurel Hermansyah Umum Keguguran
Maliah Surip
18/05/2021 16:15 MYT
18/05/2021 16:15 MYT
Pasangan selebriti Indonesia, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar menyampaikan khabar duka.
Aurel yang diketahui sedang hamil mengumumkan dirinya keguguran anak pertama bersama YouTuber terkenal itu.
Berita tersebut diumumkan anak perempuan Krisdayanti dan Anang Hermansyah melalui kemas kini terbaharu di akaun Instagramnya.
Dengan memuat naik foto scan bayinya yang sudah keguguran, Aurel menuliskan kalimat yang cukup menghiris hati para ibu.
"Innalillahi Wa Innailaihi Roji'un. Selamat jalan anakku sayang.. doakan mama & papa dari syurga ya," tulis Aurel Hermansyah pada keterangan foto.
Sementara itu, Atta juga ikut bersedih. Namun dia tetap memberi kata semangat buat Aurel.
"Sampai jumpa di syurga anak ku. Doakan papa mama ya Anak soleh," tulis Atta di Instagram miliknya.
Dia juga dilihat menulis di Insta Storynya: "Half of my heart lives in heaven."
Bapanya, Anang yang kini berada di Dubai juga dilihat menitipkan pesan buat Aurel: "Yang sabar anakku. Ikhlaskan."
Pengumuman tersebut juga meraih perhatian rakan selebriti dan netizen yang ikut mendoakan agar mereka kuat dan tabah.
Aurel yang merupakan seorang penyanyi sebelum ini juga sempat dinasihatkan doktor untuk bedrest kerana janin yang dikandungnya dipercayai tidak kuat.
Padahal, pasangan yang menikah pada 3 April 2021 ini baru mengumumkan khabar gembira bakal menjadi ibu dan bapa pada 7 Mei lalu iaitu sekitar 2 minggu lalu.
Instagram: @attahalilintar