Bukan biasa-biasa penangan Elly Mazlein atau kini lebih popular disapa Kak Lina Pom Pom!

Memuat naik sepotong rakaman video menyanyikan lagu tradisional Empat Dara di Instagramnya beberapa hari lalu, video terbabit kini mendapat lebih 1 juta tontonan dan hampir 10,000 komen.

Dalam video berkenaan, Elly yang mengenakan sehelai selendang bercorak menyanyikan lagu terbabit dengan gaya bersahaja yang mana disifatkan netizen seperti gaya kumpulan nasyid Al-Jawaher.

Elly turut mencabar netizen untuk menyanyikan semula lagu terbabit mengikut versinya dan menawarkan wang saguhati RM100 bagi video terbaik.

Ha masukkkkkkk .. suara tekan,dikkkkkk . Ada siapa brani masuk??? Tag kak lina laju2 .. siapa yg paling buat hal,kak lina bagi hadiah RM100 .. yg pnting tiru sebijik hokeyyyyy ???????? . Kampung people 2 #4Dara

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein) on


Cabaran Elly itu mendapat reaksi daripada netizen termasuk rakan selebriti yang turut merakamkan semula lagu Empat Dara dalam versi tersendiri.

Antaranya Datuk Aznil Nawawi, Achey, Acong Sweetchild, Datuk Fizz Fairuz, Shiha Zikir, Azza Elite dan Ezad Lazim.

Ha masuk! Tgh tension org jerit ha masuk ha masuk kat timeline #paknil (will delete this soon)

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

Sahutan 4 dara @iamellymazlein kembang kuncup hedonnng gegerl #sitikelesomnormarwardahalhabsyahmantol?? #mantolpakabu #gelakjangansampaiterkentut?

A post shared by Azzaelite❤️queenazza0174748991 (@azzaelite) on


Khas buat kak lina pom pom.. @iamellymazlein @fizzfairuzofficial

A post shared by FizzAlmy (@almynadiaofficial) on




Malah, ada juga dalam kalangan netizen yang turut mencuri tumpuan ramai dengan nyanyian cara tersendiri termasuklah dua warga pendidik, Cikgu Gja.

Biasanya kalau terkeluar suara gini kalau tengah marah budak je. Kami accept challenge Mona ? @iamellymazlein #kampungpeople2 #4darachallenge

A post shared by Cikgu Gja ? (@cikgu.gja) on


Apapun, cabaran Elly kali ini sedikit sebanyak menyemarakkan semula lagu irama tradisional yang semakin dilupakan golongan muda masa kini.

Lagu Empat Dara sebelumnya adalah milik Allahyarhamah Sharifah Aini yang dimuatkan dalam album Dewi Seri Malam sebelum dinyanyikan semula oleh salah seorang peserta Gegar Vaganza tahun ini, Noraniza Idris menerusi album Iboq yang dipasarkan pada tahun 2000.

Syabas Kak Lina Pom Pom!