Iqram berkongsi perkembangan terkininya menerusi salah sebuah entri terbaru yang dimuat naik di laman Instagram.
Rata-rata peminat Iqram menyokong penuh kemunculan semula pelakon itu dalam arena seni tempatan.
Netizen juga gembira melihat perubahan yang dilakukan oleh Iqram selepas terpalit dengan beberapa kontroversi beberapa bulan lalu.
Kali terakhir, Iqram membintangi drama bersiri Cinta 11 Syarat yang ditayangkan pada 2016.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Iqram