Hiburan

Sekian Lama Berehat, Elfira Loy Bersedia Untuk Kembali Aktif

gempak
Zulaikha Yusof
20/01/2020
02:50 MYT
Sponsor Banner
Sekian Lama Berehat, Elfira Loy Bersedia Untuk Kembali Aktif
Pelakon dan pengacara Elfira Loy berat hati mahu meninggalkan anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf di rumah untuk keluar bekerja.
Kata Elfira, dia sudah terbiasa kerana sejak lahir, dia yang menguruskan anaknya di rumah.
“Saya rasa lebih ‘selfish’ sekarang ni. Saya berat hati nak pergi bekerja sebab selepas sembilan bulan saya hamilkan Rayyan, saya yang menguruskannya sendiri.
“Itu adalah masa yang terbaik apabila kami dapat menghabiskan masa bersama di rumah, sepenuhnya dijaga oleh saya.
“Rayyan juga yang didik saya dari segi masa. Dia yang atur supaya lebih tersusun dan menepati supaya semuanya berjalan dengan baik,” katanya kepada Gempak.
Elfira ditemui ketika majlis pembukaan awal outlet Sephora Fahrenheit88 di Bukit Bintang pada Jumaat lalu.
Walaubagaimanapun, pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri mendedahkan dirinya sudah bersedia untuk kembali aktif dalam inudstri seni.
“Sebenarnya saya tak nak lama berehat… Sampai bila kan. Mula dari kahwin lepastu mengandung dan dah dapat anak.
“Tahun ini memang dah bersedia untuk kembali aktif di industri seni. Saya sedang menanti apa-apa tawaran yang berbaloi untuk dilakukan.
“Saya tak kisah sama ada tawaran yang datang itu untuk berlakon ataupun mengacara,” katanya lagi.
Dibuka mulai 18 Januari, Sephora Fahrenheit88 merupakan pusat kecantikan terbesar di Malaysia yang membawa pelbagai jenis jenama besar dari seluruh dunia.
Selain Elfira, antara selebriti lain yang turut sama hadir adalah Ain Edruce, Kilafairy, Scha Alyahya, Dynas Mokhtar, Ika Nabila dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live