Laman Utama
Sekolah Anak Aaron Aziz Terima Ancaman Bom - “Kekal Tenang Jangan Jadi Kancheong”
Pelakon, Aaron Aziz memaklumkan sekolah anaknya dilaporkan menerima ancaman bom.
Aaron menerusi video pendek yang dikongsikan di akaun Instagram miliknya menyatakan terdapat beberapa lagi sekolah turut menerima ancaman yang sama.
“Ada ancaman bom, sembilan sekolah terima ancaman bom kalau tak salah saya. Jadi kami disuruh oleh pihak sekolah untuk ambil anak-anak dan sekolah anak saya yang terletak di Setia Alam adalah salah satu daripanya.
Advertisement
“Jadi sekarang tengah huru hara, keluarga semua tengah kelam kabut, orang tengah potong barisan. Saya faham sebab situasi ini mencetuskan rasa panik,” ujarnya.
Tambah Aaron lagi, situasi itu telah mencetuskan rasa panik dalam kalangan ibu bapa pelajar.
Namun Aaron bagaimanapun menasihatkan agar ibu bapa kekal tenang dan mengikuti arahan yang diberikan untuk memudahkan proses pengambilan anak-anak.
“Tapi bagaimanapun bila berhadapan dengan situasi begini, kekal tenang, jangan jadi kancheong, ikut arahan. Kalau orang tengah beratur, beratur. Bila sorang tak beratur, semua orang tak beratur.
“Kita tak boleh ada isu panik, macam mana dorang nak conduct safe passage for everybody, baik untuk keluarga, pelajar dan cikgu,” katanya.
Dalam pada itu, Aaron juga turut memberikan penghargaan buat Polis Di Raja Malaysia kerana bertindak pantas dalam situasi berkenaan.
“Terbaik tindakan @pdrmsia_official cepat dan professional dalam kecemasan, kalau boleh jangan panik.
“So far sekolah Dahlia no email threat yet tapi the school is taking precaution. I like this fast reaction from the school.
“Kekal tenang dan ikut protokol. Kalau satu huru hara. Lain akan ikut. Ingat orang lain pun ada anak anak,” tulisnya.
Must-Watch Video