Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Sekolah Jepun Haramkan Rambut Ikat Ponytail, Risau Pelajar Lelaki Naik Syahwat

Gempak
15/03/2022 11:42 MYT
Sebuah sekolah di Jepun memperkenalkan peraturan pelik apabila melarang pelajar perempuan mengikat rambut dengan gaya ekor kuda atau ponytail.

Tindakan itu dipercayai bagi mengelakkan golongan lelaki melihat belakang leher wanita sekali gus membangkitkan syahwat.

Tinjauan di wilayah Fukouka pada 2020 mendapati terdapat 10 buah sekolah melarang gaya ikat rambut ‘ponytail’ dengan alasan sama, lapor Metro News UK.

"Saya selalu mengkritik peraturan ini tetapi kerana terdapat kekurangan bantahan dan ia dianggap sebagai normal dalam kalangan masyarakat, pelajar perempuan tidak mempunyai pilihan selain mematuhinya," kata seorang guru, Motoki Sugiyama.

Sekolah terbabit juga difahamkan hanya membenarkan pelajar memakai seluar dalam berwarna putih sahaja.

Selain itu, sekolah-sekolah Jepun turut menguatkuasakan peraturan lain antaranya menentukan warna stokin, panjang skirt dan juga bentuk kening mereka.

Pelajar juga tidak dibenarkan mewarnakan rambut mereka dan jika ia adalah sesuatu selain daripada hitam atau lurus, mereka mesti membuktikan ia adalah warna atau gaya rambut yang semula jadi.

Pada Jun tahun lalu, pelajar dan ibu bapa telah melobi kerajaan Jepun agar merombak semula garis panduan peraturan itu di sekolah-sekolah namun sehingga kini banyak sekolah enggan melakukan perubahan.

#Viral #sekolah #Jepun #Rambut #Ponytail