Sekolah Kelas Peperiksaan Awam SPM, SVM, STPM, STAM Dibuka Semula 24 Jun Ini
Azwa Rahman
10/06/2020 09:40 MYT
10/06/2020 09:40 MYT
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan tarikh 24 Jun 2020 sebagai tarikh pembukaan sekolah melibatkan murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara.
Memetik laporan Astro Awani, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata pembukaan semula itu melibatkan 500,444 orang pelajar dari 2,440 buah sekolah murid kelas peperiksaan awam dan peperiksaan antarabangsa yang setara seluruh negara.
"Untuk makluman semua, setelah mengambil kira pandangan dan nasihat KKM dan MKN, KPM telah menetapkan bahawa tarikh pembukaan semula sekolah untuk murid kelas peperiksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara adalah pada hari Rabu, 24 Jun 2020," jelas Radzi dalam sidang media di Putrajaya sebentar tadi.
Menurutnya lagi, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat dari semasa ke semasa.
"Buat masa ini, pembelajaran di rumah akan diteruskan. Memandangkan guru-guru telah kembali ke sekolah, pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dipelbagaikan dengan akses kepada kemudahan-kemudahan yang ada di sekolah.
"Kami di Kementerian Pendidikan amat berharap agar pembukaan semula sekolah mulai 24 Jun 2020 ini berjalan lancar bagi membolehkan anak-anak dapat meneruskan persekolahan dalam keadaan selamat.
"Apa yang penting kita semua perlu terus patuh kepada arahan dan saranan Kerajaan. Sama-sama kita doakan agar keadaan akan pulih sepenuhnya dan semua murid akan dapat kembali ke sekolah," tambahnya.
Sumber: Astro Awani